Thursday, 24 October 2019

ULTRAS Malaysia Local Route

Bismillah 

o.k akhirnya habis juga story Royal Belum 
back to never end ride story :P 
setakat Allah izinkan ni lah, bagi rezeki sikit, kesihatan yang baik 
alhamdulillah 
bukan lah story sangat pun , lebih kepada album gambar kot 
simpan sini buat kenangan 


 Ultras MLR berlansung pada 11-13 Oktober 2019
tapi kami datang 12 Oktober je , 11 tu masih kerja 

Pirate Corner Pit Stop Route 23 
No. 2 & 3 Aras 1, Jln. Anjung Emas, 
Pusat Perniagaan, Anjung Emas, 
84900 Tangkak, Johor

kami sure support event ni kat tempat Abg Naza 
ni port wajib singgah kalau ke Selatan tanah air 

kalau nak baca kat sini 



 kami sampai awal pagi lagi 
lebih kurang 11.00 pagi 
tapi masa tu dah ramai juga yang ada especially owner pit stop 


 duduk dan melihat gelagat sekeliling 
cuba juga kenalpasti wajah-wajah yang pernah lalu kat FB ataupun yang request friend tapi belum berani nak approve...ahahahaha 
segan juga nak bercampur dengan owner-owner pit stop ni 
kami ni secebis je dari pemburu-pemburu pit stop 
bukan orang famous yang datang bersambut... gitu ..hahahahha 
jadi ni lah untung datang berdua, boleh borak ada kawan 
kalau yang single rider jenis lone ranger ni kena lebih peramah la kot... hihi 
kalau tak mati kutu juga 

 haa dari kejauhan nampak couple rider ni 
saya perasan kakak dan abang ni masa ada satu posting kat Facebook 
diorang ambil gambar di lokasi yang sama dengan kami 
dan dekat dengan kampung saya 

bila nampak kakak ni saya ajak Tn John tegur ... tapi dia tu very the shy 
hahaha ...xpelah kakak ni extrovert kami berdua berbeza 
sebab Tn.John tu Introvert ....kakak pun pergi lah sapa kakak Suhaila ni 
peramah orangnya ...berborak-borak 

 masa event ni ramai juga, cuma bikers datang dan pergi 
panas pun ye , nak duduk lama-lama pun xde aktiviti apa 
nak borak pun bukan semua saling kenal 
even orang tu owner pit stop pun x semua diorang nak bertegur sapa 
mungkin pilih yang mana biasa tengok dan pernah sampai dekat pit stop mereka barangkali

tapi tak semua .... kami jumpa seorang owner pitstop ni 
peramah, dia duduk berborak dengan kami dan kalau ada rezeki saya nak juga pergi tempat dia 
kat mana ? haaa... Kat Sungai Bakap 
kami belum round Penang lagi ..hihi 

 bila hari hampir petang, nampak abang Amran and wife sampai 
jumpa lagi disini , kagum ngan diorang ni , every week keluar ride 
first time jumpa diorang masa Kedah International Bike Week 
pastu jumpa lagi masa dekat Jelebu 
idola ni ...hihi 

 Hanafiii ..... nampak dari jauh dah senyum je 
wife dia Fifi tak ikut sama sebab dia ride semua single je 
Hanafi ni pun jadi kawan yang asalnya hanya sebab motosikal 
how sweet that ukhwah 



Pillion say Hai...
Kak Suhaila wife abg Amintany, Kak Siti Asiah wife Abg Nazri Asru 
dan kakak saya Zarina Pichar 

 selalu ambil gambar dengan orang je, kali ni kita simpan gambar sekali motosikal 
COLGATE 
saya tanya abg Amran , boleh saya letak dalam blog? 
hahah dia cakap letak lah , jangan roadblock sudahh 
terima kasih akak abg ... :) 

 Ha belek lah skuter tu sorang sebuah 
ni kakak rider pun ramia yang ride sendiri skuter ni 
nampak cute jugak 

masa ni kami dah nak gerak balik 
dah lewat petang , ada cadangan juga nak bermalam 
tapi nampaknya hotel pun jauh 
alang-alang jom balik la esok boleh ride ke tempat lain juga 

Terima kasih Yeop dan Pak Li 
dirang tengah bagi cadangan homestay atau hotel yang berdekatan 
tapi kami balik KL terus tak stay 


sekian 

2 comments: