Bismillah
Baru-baru ni kakak berkesempatan join kursus dekat Royal Belum
lebih kurang macam aktiviti tahunan
bila setahun sekali dapat join kursus yang ada challenging macam ni best juga
last year dah ke Taman Negara
masa apply untuk join kursus ni
dah rasa best ni kursus kat Royal Belum
mesti adventure!
awal pagi kami dah keluar dari rumah
6.00 pagi kot , sampai office dalam 6.30 a.m
bas akan bergerak pukul 7.00 pagi katanya
bila tgk bas... ni bas yang sama kami naik masa ke Taman Negara
last year
Perjalanan ambil masa dalam 6 jam lebih
kami tak bertolak 7.00 pagi pun lewat sikit baru bergerak
pagi tu hujan , jadi ada yang sampai lewat sedikit
sepanjang jalan tak mampu tido pun
hujan turun lebat , air menitik2 kat sebelah tepi seat kakak
sejuk uiii hampeh betul
kami berhenti bila dah sampai pekan Gerik
lama juga rasanya tak masuk pekan Gerik , last masa Sekolah kat sana dulu
sekarang lalu je tak singgah pun
berhenti makan dan solat jumaat
Dari Pekan Gerik ke Royal Belum tu dah tak jauh dalam 30KM rasanya
kami sampai di hentian Royal Belum dan Park Bas kat situ
Sejujurnya, masa apply kursus haritu kakak tak tau pun kami akan tinggal 3 hari 2 malam dalam houseboat ni...kakak ingat tido kat Resort ke...tapi dah pernah survey
mahal kot resort kat sini ... sekali sampai haaa ambik
tido lah kami berjemaah kat dalam houseboat ni...
tapi xpe no problem to me
Enjoy!!
kami bergerak 2 buah houseboat sebuah peserta lelaki
dan sebuah lagi peserta perempuan
nampak tu gigih kakak angkut barang masuk boat ..haha
ada je diorang tolong angkatkan beg
tapi xpe bagi diorang angkat barang kakak-kakak yang lain
kakak navigator baru 34 tahun larat lagi angkat barang sendiri..hamboii
haha
Thanks for 3-day and two-night experience at Mystical
wonderful memory!
houseboat kami bergabung
kami makan dan master chef kami ada di boat sebelah
First selfie dalam Mystical
jumpa lagi dengan Tikah peserta dari MITI Pahang
last year pun Tikah ada tapi last year kami semua tak se close tahun ni
tulah untungnya bila ruang terhad
jadi kami semua lebih akrab
petang hari pertama bersama Mystical kami di sajikan dengan bubur pulut hitam
makan bersama biskut cream cracker
duduk pula tepi boat yang bergerak
Nikmat apa lagi yang kau dustakan! haa sampai macam tu feeling dia
angin sejuk , deruan air ...memang fresh
Abang Usop pun join lagi tahun ni
lepas makan kita bersantai kat depan boat
bestnya!rindu bila teringat balik
petang tu dah start akvitivi Water Confident
next entry saya akan share pengalaman ngeri tu ...hahaha
orang lain o.k je ... kakak awak ni je penakut ..hihihi
makan malam kami selepas selesai solat maghrib
makanan kami selama 3 hari 2 malam ni memang awesome!
masakan kampung + siam
nampak tu? giler tak sedap
sup ayam (ayam gajah ni) ikan masin
pucuk ubi , sambal apa nama yang ikan bilis dan cili tu ?
Sambal gesek kot? pastu tambah lagi ngan ulam pucuk ubi rebus dan super fresh pegaga
besar pulak tu pegaga nya ..memang tido diulik mimpi la
malam di Royal Belum macam pasang aircond 18 uolss
sejuk dan tak ada nyamuk!
Sekian
No comments:
Post a Comment