Bismillah
sebelum entry ni saya ada sebut tentang aktiviti Water Confident kan
masa mula nak turun dalam air tu ada rasa excited
tapi ada yang bagitahu kedalaman air kat situ mencecah 80Meter
dalam jugak tu
dan saya memang langsung tak pandai berenang dan tiada pengalaman snorkeling ke hape
duduk atas rakit macam tu mampulah kakak awak ni nak mini love bagai
cuba dalam air tu ? hahaha cuak aje komee
tanah mana tanah ? hahahah
masa ni belum masuk dalam air
hujan dah mula turun rintik-rintik
aktiviti diteruskan , hujan pun air apa ada hal katanya kan
jam dah menunjukkan 6.00 petang
hujan dah mula turun rintik-rintik
aktiviti diteruskan , hujan pun air apa ada hal katanya kan
jam dah menunjukkan 6.00 petang
masa naik rakit ni best
santai je walaupun basah
yela dah naik ramai memang tenggelam sikit lah rakit tu
petang hari pertama saya turun sekejap je
dah lewat petang dan hujan
sejuk
petang hari kedua kami turun ke tasik lagi
walaupun takut tu memang ada tapi nak juga cuba lagi
you will never know how much you can do until you try it
gitu kekdahnya kalau tak cuba kau pun tak akan tahu sejauh mana kau boleh buat
walaupun takut tu memang ada tapi nak juga cuba lagi
you will never know how much you can do until you try it
gitu kekdahnya kalau tak cuba kau pun tak akan tahu sejauh mana kau boleh buat
kali ni tak hujan dan ramai yang turun
kau bertabahlah bila rakit kau ditolak di tengah-tengah tasik tu
masa diorang tolak kat tengah tasik...kau mampau lah gelak-gelak lagi
bila dah sampai tengah
siaplah!
Rakit kami diterbalikkan dengan sengaja o.k
hahah boleh bayang tak cuaknya si penakut macam saya ni
bila rakit tu di tarik ke kanan, gigih kakak awak ni ke kiri
nak balance konon...hahahah jangan harap
tetap akan terbalik!
Haaa... masa aktiviti macam ni baru terasa Water Confidence
buat bulatan dan pegang tangan semua peserta
jadi yang takut macam saya ni pun makin lama baru boleh built up confidence dalam air tu
jangan lah suruh masuk air dan biarkan pandai-pandai la kau apungkan diri
saya ni berat mata memandang walaupun pakai life jacket
tapi kau tetap rasa tenggelam dan life jacket tu akan terapung ke atas
sila pakai ketat-ketat ye
tali yang masuk kat celah kaki tu klip kemas-kemas ye
tapi tetap juga rasa cuak tu terkapai-kapai sorang-sorang
orang lain seronok main air
masa tu mula la cari
tanah mana tanah ? hahahahha
nampak tak tu tarik napas panjangggggg nak lonjak badan naik atas rakit tu
struggle oiii
kali pertama terbalik saya boleh maafkan lah sebab dah nama aktiviti macam tu kan
pastu kali kedua terbalik hangin jugak rasa hati
hahahha susah tau tak nak naik atas rakit tu
berendam dekat 45 minit dalam tasik tak berdasar tu
awak ingat kakak awak ni paus ke nak duduk lama-lama dalam air
hahaha walaupun size kecik sikit je dr Paus
seronok tengok diorang enjoy benda macam ni
tapi saya tak boleh lama pun dalam air tu sejuk
nampak tu ha hujan dah tua-tua main hujan
hahahhaha
naiklahhh.... mak marahhh kanggg
Bila kali kedua rakit saya diterbalikkan
dan saya dapat juga naik ke rakit jari kaki saya mula melekat 2
aduh..dah start nak cramp
saya dah luruskan dedua kaki atas rakit
masa tu cramp tu dah naik ke betis
haaaaa...yang tu sakit gila
memang betis tu mengeras... mungkin yang tak pernah rasa tak tahu sakit dia macammana
sakit macam nak sepak orang
hahaha ...dah cramp tak payah la ada hati nak sepak orang kakak oiiii
:P
struggle lagi kakak cuba dayung rakit tu guna buluh ....
buluh kecik je awak... mana kuat ...dan saya pun tak pandai sangat nak guna
jari pun dah kena selumbar buluh tu
tapi tetap lah dayung...
nak balik ke houseboat tu tak lah selaju masa rakit saya ditolak ke tengah tasik sebelum diterbalikkan tadi ...sekejap je 2-3 orang tolak dah sampai tengah
dalam masa sama, Linda dan Farhan dah tolong tolakkan rakit tu balik ke houseboat
Kak Ba pun tolong juga...tapi kenapa la lambat rasanya ... Terima kasih banyak korang
risau saya kalau dedua betis sy cramp sebab sejuk dalam air tu
walaupun tak dapat balik mudah ke houseboat tu tapi o.k lah
mungkin cramp kaki tu perkara biasa kot pada yang lain
tapi ketahuilah ianya sakit gila
kalau kat rumah saya selalu juga kena cramp tu tapi saya terus bangun berdiri
dan tegakkan kaki
tapi atas rakit tak boleh berdiri! jatuh kanggg ...
dalam hati nak je panggil mak kuat-kuat
Mak pasti faham bila kita minta tolong
I'm really sick not a joke
o.k touching bye ...hahahahha
masa tu teringat tahun lepas group saya yangbagi cadangan nak ke Royal Belum
ha..ambik kau nak adventure katanya? hahahah
cukup adventure tak kak? dah cramp2 macam ni ..
padan muke...hahahahha
dah naik ke atas houseboat
diorang dah sembur spray untuk cramp tu
kak Nani dan Ayu dah tolong urutkan sikit makin elok
terima kasih!
dah kurang sikit saya naik atas mandi, salin baju semua
dah x sejuk urut juga guna counter paint
bawa dari rumah ...nasib baik ingat juga nak bawa
Suasana meja makan kami setiap kali makan
bila sampai waktu makan pasti tertanya-tanya je
makanan apa lah yang akan disajikan hari ni
mesti sedap ...kenmain kan ..hehe
lepas makan malam ada sesi ice breaking
introduce nama semua
nampak samtai je kan best kursus macam ni
tak payah la formal sangat , kat office tu dah cukup formal
En.Hisham our consultant dari team Adventure 360 Tours
malam ni kami diberitahu juga tentang bagaimana 'Belum' mendapat nama
cerita En.Hisham nama Belum ini pada asalnya dikatakan adalah datang dari ilham bunyi yang dikeluarkan oleh sejenis serangga yang ada di sekitar kawasan hutan simpan Royal Belum.
Serangga tersebut adalah belalang kayu ataupun serangga kayu yang dipanggil sebagai Belang Belong oleh penduduk tempatan. Belalang kayu ini mempunyai warna badan yang perang dan panjang serta kaki yang panjang. Ia benar-benar kelihatan seperti kayu apabila sekilas pandang.
Apa yang menariknya, belalang kayu ini ada mengeluarkan bunyi dan bunyinya seakan-akan seperti “Belanggg.. Belonggg..” serta ia kadang-kadang kedengaran seperti bunyi “Belummm.. Belummm..”.
Jadi, oleh kerana bunyi belalang kayu itulah yang menyebabkan nama Belum diangkat sebagai nama kawasan tersebut.
tamat sesi ice breaking kami pun bersurai dan rehat kan diri dalam bilik
dalam houseboat kami terdapat 4 bilik
dalam sebuah bilik ada 5 tilam
2 buah katil double decker
katil double decker tu sebelah bawah boleh tido dua orang
jadi dalam bilik kami ada 7 orang
sekian
No comments:
Post a Comment