Bismillah
dua minggu lepas xde apa aktiviti lain
Tn.John ajak jalan-jalan cari Durian kat Tangkak
dalam masa yang sama group VX ada buat trip ke Tanjung Piai
o.klah xpekita jumpa jela diorang sekejap kat Tangkak
boleh juga melawat Kak Ros dan Abg Naza
lama juga tak kesana
last kesana makan asam pedas teringat-ingat tu
haha ..sebelum pergi dah bgtahu nak makan asam pedas tau
tak payah masak yang dahsyat2 asam pedas dengan nasi panas pun dah cukup
lepas je simpang dari plaza tol tu dah nampak gerai-gerai jual durian
bau dia sampai ke jalan uolss
oh emm gee takkan nak tengok je kan
dah memang dari rumah cakap nak cari Durian Tangkak
sekali dekat sangat dengan Pirate Corner
parking moto kat Kedai Abg Naza
kami jalan kaki je pergi tengok Durian
murah kot ...buah pulak ada banyak jenis
ada musang king, ada IOI, ada Udang merah, D24
harga pulak semurah RM2.00 sampai lah harga sebakul 100+
yang RM 2 dan RM 5 tu pun o.k je
saje try yang tu dan yang RM8
tak nak la bazir beli yang mahal-mahal
nak makan berdua je pun nak buat hilang rasa nak makan durian
Yang RM 2-RM5 tu buah dia yang jatuh pagi tu dan pecah
dia jual murah. atau yang ada lubang sikit ditebuk binatang
atau yang terlalu masak ... tapi rasa tu memang masih sedap
yang RM 8 tu memang helok lah kejadiaannya
kami beli 8 biji pastu buka dan masukkan isi dalam Tupperware
bawa balik KL
lepak-lepak layan group VX ni kejap
diorang pun nak makan cepat nak bertolak ke Tanjung Piai
bukan tak nak ikut, tapi esok ada plan lain
ramai juga ladies masa hari tu
meriah la juga...ada K.Zarina, Aisyah, Kak cik, Wife Abg Ezam, Tina dan Faz
sebelum diorang teruskan perjalanan ke Tanjung Piai meh la ambik gambar sama kakak ku
K.Zarina dan Abg Sam ikut diorg ke Tanjung Piai tapi tak bermalam
Group Photo
bila semua dah selesai
diorang pun dah gerak Abg Naza pun dah siapkan Asam Pedas kegemaran kami
yeayy Asam Pedas Ikan Pari
makan pulak nasi panas-panas
lap peluh sambil suap nasi
selain tu boleh la isi masa cop passport MLR
baru ada dua masa ni
sebelum balik ajak Kak Rosimah bergambar
selau orang ambil gambar dengan Abg Naza
akak pun chef kat sini jomlah ambik gambar sama
thanks a lot kak layan kami
Sekian
ada beberapa lagi entry tertangguh
semoga saya rajin update ..hihi
musim durian, kene pergi cari durian kan hehe
ReplyDeleteTerima kasih singgah , yup wajib cari bila dah musim ni ..hihi
Delete