Thursday, 24 October 2019

Bukit Malawati, Kuala Selangor tour

Bismillah 

gambar-gambar ni diambil semasa berlangsung nya 1st RPFO Gathering
masa selepas perasmian kami cuti-curi sikit masa untuk naik ke atas bukit Malawati ni 
dah banyak kali sebenarnya sampai kat sini 
tapi ni kali pertama naik sampai atas 

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda pada (Julai 1784). 
Setahun kemudian pada 28 Januari 1785,
 Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya,
 Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang,
 telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja.
 Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. 
Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.






dekat atas Bukit Malawati ni ada banyak monyet dari spesis Lotong 
ciri-ciri nya monyet ni warnanya kelabu 
rambut spike ..haha kenmain memang jinak dan baik sangat 
anak lotong ni bewarna oren ye ... jangan pelik sebab memang itu warna asli 




Kami naik train pada mulanya 
tapi train ni hanya bawa kami sampai ke pintu masuk taman alam 
nak naik ke atas nak tak nak kena menapak 
haiyooo naiklah tangga yang ntah berapa ratus ... 
kakak awak ni dah la lutut haussss... hahahaha 
sabariah betul lah



sweet kan lotong ni 
dia pegang tangan kita wak... hihi 

Banyak ye replika Meriam kat sini 

saya rasa la replika tapi ada juga beberapa buah meriam original 
Berdasarkan sejarah, terdapat 102 meriam milik kerajaan Selangor ketika itu, tetapi sebanyak 68 buah dirampas oleh Belanda. Kemudian, sebahagian daripada meriam itu sempat dibawa lari oleh Sultan Ibrahim ke Bukit Raja, Permatang. Atas sebab itu, ketika ini hanya tinggal beberapa buah meriam di atas Bukit Malawati. 
Meriam ini dikatakan adalah meriam buatan tangan orang Melayu, malah reka bentuknya ada persamaan dengan meriam `Tok Bedil' yang terdapat di tebing Sungai Kelantan dan Kampung Sungai Pinang, Kelantan.
ada beberapa orang adik macam student minta saya snap kan gambar mereka 

sebagai balasan dia snap kan gambar kami berdua 
untung la ada mereka kalau tak ? hahahah memang xde la gambar berdua 

di bahagian belakang gambar saya ni 
terdapat sebuah batu yang di namakan 
BATU HAMPAR 
Terletak di pintu masuk Kota Melawati,
 di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. 
Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.


Model sambilan saya 
haha 


Baitulhilal 
Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.





kami sempat juga masuk melawat ke dalam Muzium Sejarah Kuala Selangor 
banyak juga barang peninggalan yang di pamerkan disini 





Lokasi ini dirasakan agak menarik kerana ianya merupakan tempat peninggalan sejarah 
Pemerintahan Kesultanan Selangor yang pertama sehingga yang ketiga,
 Batu Hampar, Perigi Beracun, Makan Diraja, Muzium Kuala Selangor, Muzium Permainan Tradisional, Rumah Api, Baituhilal ( tempat melihat anak bulan ), 
Busut Malawati, Kota Malawati, Tangga Seratus,
 Meriam 3 sederet, Meriam Penggawa,
 pemandangan Selat Melaka dan bermain dengan monyet.

anatra kemudahan yang terdapat disini
 Tandas awam, tempat letak kenderaan,tempat berehat dan perkhidmatan trem
 (hanya pada hujung minggu dan cuti am sahaja)

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang 
( Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )

Bayaran perkhidmatan trem :
Lawatan ke Bukit Malawati sahaja:
RM 3.00 / dewasa
RM 2.00 / kanak-kanak ( 3-12 tahun)



Sekian

No comments:

Post a Comment