Bismillah ...
Sambung lagi meronggeng kome haha
semalam tido dirumah KL kami keluar semula menuju ke Utara
balik kampung sekejap dan teruskan lagi berjalan
Cuti akhir tahun biasa lah panjang sikit
ini adalah jalan yang kami lalui untuk trip kali ni
keluar pagi-pagi dengan harapan kedai makan ni tak ramai ...haha
Selera Kampung Bendang Panjang
Taman Kenari, 33000 Kuala Kangsar, Perak
tapi sedikit hampa sebab penuh dengan orang
full house gitu .....xmo tunggu lama kami terus bergerak ke kedai lain
nak tau apa yang best kat kedai yang penuh orang ni
sila la tengok FB diorang kakak tak singgah tak boleh nak cerita banyak ..hihi
yeay..dah sampai
kat sini dah repeat 3-4 lah ...dulu makan laksa
sedap jugak laksa dia unik o.k
kali ni kita try order makanan lain pulak
ni ha alat yang boleh pilih2 lagu tu kan ?
ampoonn kakak tak tau apa nama dia yang sebenar
ni pun tak tau lah masih berfungsi atau sekadar perhiasan
alamat Kedai ni
Restoran Laksa Pak Ngah
Behind Sekolah Menengah Tsung Wah,
Jalan
Dato Sagor,
33000 Kuala Kangsar, Perak
haaa..kerlas tak makanan kakak?
haha tajuk makanan ni tak ingat sorry
faktor umur mungkin malas nak ingat benda remeh temeh ...hahaha
tapi presentation plating dia kakak bagi 5 HA...hihihi
untuk dessert ni satu ais jagung kakak bagi 3.5 HA
untuk cendol pun sama 3.5 HA je
dari Restoran Pak Ngah tu kami bergerak ke Route A76 Lenggong
sebabnya dah banyak kali juga kami berjalan ke Kedah lalu highway
booring kita try jalan lain pulak ...jauh perjalanan luas pemandangan katanya
masa kami lepak kat Lenggong ni
jumpa dengan seorang solo rider Honda CB500
dari Johor menghala ke Banjaran titiwangsa dan akan pulang ke Johor semula
duduk berborak pastu jalan-jalan kat riverine nature camp
Tn.John Pak Li dan Hanafi
panas pun bolehhh janji pose ..hihi
lepas melawat sekitar sungai dan rehat-rehat
kami teruskan perjalanan bersama Hanafi
dari Lenggong ke Gerik dan berpisah di satu simpang 3
kami akan menghala ke Baling dan Hanafi akan mendaki Banjaran Titiwangsa
sebelum berpisah sempat juga bergambar kenangan
semoga berjumpa lagi nanti dan selamat tiba ke destinasi seterusnya
jalan dari Gerik melalui Route 4 jalan Gerik-Baling dan melaui beberapa buah kawasan
antaranya Kupang , Sik , Gurun , Guar Cempedak, Pendang dan ke Alor Setar
jalan Gerik-Baling macam ni lah keadaan laluan tu
jangan risau banyak juga kenderaan yang lalu lalang
cantik bukit bukau
sepanjang jalan pun ada scenery macam ni
tapi kakak tak rakam video batery phone dah low
bahaya juga xde batery macammana kakak nak navigate kan ?
hihi
kami sampai di Hotel Mesra Langgar hampir dam 7.00 malam
hotel ni kali kedua kami singgah
first masa balik dari Thailand
o.k nanti sambung kisah Day 2 at Alor Setar
sekian
No comments:
Post a Comment