Bismillah
awal pagi selepas B'fast di Hotel kami gerak ke Warung Pok Choh
b'fast kat hotel wajib udah bayooo kan? hahahhaha
jadi kita singgah pitstop nanti makan sikit aje lah bisik hati kecil
masa nak gerak tersempak dengan Owner kuda-kuda import tu
alahai segan kite wak
hahah diorang pun dari KL dan dah nak balik
ni owner pitstop Route 21300
Warung Pok Choh (PitStop 21300, Kuala Nerus)
Lot 7379-A, Jalan Lapangan Terbang,
Kampung Telaga Batin,
21300 Kuala Terengganu
Lokasi warung ni strategik o.k
tepi laluan utama tepi laut , tapi jauh sikit je la dari laut
masa kami sedang makan ada seorang bro ni tegur
rupanya ni Owner Pitstop Route 3 Marang
maaflah kami tak perasan selalu follow route tapi x perasan owner bila dah jumpa baru kenal
dia cakap nampak kami masa ATM Gathering
maaf sangat , tak perasan awak...ni lah dia faktor umur barangkali
huhu
ish-ish jangan lah percaya pada bisikan hati kakak
kata je tak nak makan banyak
ko nampak sudah makan roti , telur bantai makan nasi dagang pulak
yang dalam cawan tu
telur power nama dia
hahahaha boleh tahan power dia awakk
herba tu yang seketul tengah-tengah tu
Nasi Dagang dan kuah ikanggg
macam biasa bila ada tempat tampal sticker
yeah, moh ler tinggal kan jejak kat situ
Uols kalau ke Terengganu singgah la support pitstop yang ada
ala singgah minum- minum pun o.k
awat cengei je rupa rusa, turtle dan gajah tu?
tapi jangan risau, owner Pitstop semua superb
terbaik o.k tak garang, very the friendly dan sangat membantu
kalau deme sibuk tu tak payah la ambil hati
biasa la business, ramai customer semua diorang kena layan sama rata
pandai-pandai lah bawak diri gituu
tapi percayalah sesibuk mana pun owner pitstop tu
dalam hati diorang ni dah cuba sebaik mungkin nak meraikan traveler yang datang
sekian
Terbaek!!!
ReplyDeleteTerima kasih Joe & Rose hok selalu support kami. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi 👋🏻
Motor apa sis?
ReplyDelete