Bismillah
Lokasi seterusnya kami akan menuju ke kampung Orang Asli
tak lah jauh sangat dari rumah terapung kami haha
Houseboat tu dah parking kat tepi tasik
kami bergerak naik boat-boat kecil
ada 4 ke 5 buah tak ingat
Bangun pagi dan dikelilingi hutan
dan air yang menghijau memang nyaman
tak perlu nak fikir jalan jem
nak kejar swipe card .... bagun dan menanti aktiviti seterusnya
dah kenapa senget begitu ?
tu ha abg Usop tu slumber je himpit kami tau
berat uii ... Kesian CC Aida tersepit disitu hahahha
sampai ....
ada houseboat yang dah sampai awal dari kami
tapi diorang tak singgah kampung orang Asli yang kami lawati ni
Bersih dan kemas je kampung diorang
kat sini ada beberapa buah keluarga
ada antara mereka yang beragama Islam katanya 3 keluarga
yang lain tu tiada agama tapi best kat sini tak ada anjing ye
kucing ada la
Ketua kampung sedang bagi ucapan
pemalu nampak nya ucapan pendek je dia bagi hihi
terima kasih ye terima kedatangan kami
aktiviti seterusnya kami mengagihkan makanan dan buah kepada anak-anak disini
join juga aktiviti mewarna bersama -sama
dekat sebelah ada jual akar kayu dan ubatan tradisional
boleh beli terus kat sini
sedikit cenderahati untuk Ketua kampung :)
cantik kan kat belakang tu
kampung diorang bersih memang kemas je
main lawan tangan dengan adik ni
confused kakak nak bagi menang ke nak kalahkan dia? hihi
akhirnya kakak bagilah dia menang
kalau tak kesian dia tak lena malam karang teringat mak cik tudung merah sado
kalahkan dia main lawan tangan
hahahhaha
cian BFF saya ni sakit perut pulak
tapi senyum masih manis walaupun sakit hihi
nampak tak dia buat peace
comel je ...rambut original ketak-ketak dan ada yang perang original :)
Sempat lagi diorang main takraw dengan remaja kampung
Farhan mewakili MITI ..haha
boleh menang ke tu ?
Man ajak diorang main tentg teng
kakak test , alahai fault! hihihi
berat naw nak lompat
dulu kecik-kecik win main ni!
layan diorang mewarna
bijak diorang ni , ke sekolah tiap hari naik boat
jauh juga jarak sekolah dengan rumah diorang
mengikut kepercayaan orang asli
mereka takkan marah anak mereka buat apa-apa
marahkan anak boleh mendatangkan perkara tidak baik dalam kehidupan
si Ibu basuh kain kat tasik, anak kecil 4-5 tahun tak de hal naik rakit
main air, berenang-renang
water confidence sungguh..sebab tu diorang ni lasak dan sesuai dengan persekitaran mereka
Lihat saja kanak-kanak Orang Asli di sini, tatkala kanak-kanak seusia yang lain sibuk bermain telefon pintar, mereka sudah boleh mendayung rakit dan berenang di tasik. Malah, ada antara mereka yang berakit dan memancing di sekitar tasik yang dalam tanpa pengawasan orang dewasa.
Kehidupan mereka seolah-olah sudah sebati dengan alam.
Kehidupan mereka seolah-olah sudah sebati dengan alam.
kakak awak ni masuk air kejap je pun dah nak cramp la bagai
fail!!
hahahahahahha
Kehidupan mereka di Tasik ni tak lah mudah
tak perlu kemudahan yang canggih, kereta mewah tapi mereka hidup aman damai disini
dekat dengan alam, berkongsi hidup dengan hidupan lain
tahukah anda bahawa hutan di Royal Belum ni ada Maybank dan Jumbo ?
Pak Belang atau Orang Besar bukanlah ancaman pada mereka
mereka berkongsi alam bersama-bersama
Kalau lapar mereka tidak kisah jika tiada nasi, cukup dengan makan ubi kayu saja.
sihat je... tak de plak kembung perut la, angin bagai :P
Ubi kayu boleh simpan lama, ia tidak akan busuk. Bila nak makan, baru masak.
Rindu ntah bila dapat datang lagi :)
harap ada la rezeki lain kali dapat datang lagi
Group photo bersama Ketua Kampung
yang tinggal hari ni cuma gambar buat kenangan :)
Semoga mereka di kampung ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik
dan anak-anak disini berjaya dalam hidup mereka
sekian
No comments:
Post a Comment