Thursday, 24 October 2019

Santuary Ikan Sungai Ruok, Royal Belum

Bismillah 

Ahad 6 Oktober 2019, macam biasa awal pagi lagi kami dah bangun 
4.30 pagi bilik kami bertujuh dah berlampu
tak nak rushing mandi nak rebut-rebut dan siap 
nak solat jemaah sama-sama subuh tu , biar menunggu tak pe 
daripada rushing 

bila siap awal, sempat la layan morning view tengah tasik 
memang cantik dan mendamaikan 
ada juga houseboat lain yang park dekat dengan kami 

sebelum makan akan ada aktiviti kecergasan sikit dalam 7.30 pagi 
tapi sementara nak tunggu tu apa lagi yang menarik kan 
jom lah ambik gambar kenangan...haha ( ish..ish pompuan-pompuan :P ) 
ni dengan penganjur selaku penyelaras jugak Cik Ana 
tahun depan Cik Ana bawa kakak lagi ye.. :p 
ehh ambik gambar sama ni bukan sebab nak bodek ye..hihi 

lepas buat aktiviti regangan kami bersarapan sama-sama 
bila teringat pagi tu lah sarapan last kami sama-sama 
petang ahad kami dah nak balik 



sporting group ever 
walaupun pedih jugak kena bahan ...hahahha 
dah nak cramp bukan saya suka kan ? kisah tu klik pada tajuk di bawah
niat hati nak juga main air lama-lama macam org lain 
 apa kan daya 

tapi tu yang buat suasana tu ceria 
tak de lah sunyi sepi dalam boat , mau terlelap 
ni lah kaki bahan orang ni .. :P ada je idea diorang nak mengena kan ... 
asyik usik kakak-kakak saya ....usik pacat la macam-macam hal ... 

kakak-kakak hebat ni , tak kisah masuk hutan, panjat batu, redah air
slow pun tetap steady!
walaupun takut pacat tapi tetap jugak join kami masuk hutan 


Destinasi seterusnya kami nak pergi tengok ikan kelah 
Sanctuary Ikan Sungai Ruok 
walaupun tak lah sebesar ikan kelah dekat Taman Negara 
tapi kat sini pun banyak ikan kelah nya 


naik dari boat dah start merentas track berair 
jalan tu tengok di mana nak berpijak 
jangan asyik nak laju je 
karang terpijak batu licin ke, kayu rapuh ke...kan bahaya tu 
biar lambat sikit asalkan selamat pergi balik 
dah macam mak-mak pulak dia punya bebel kan ..hihi 



hari ni o.k sikit, merentas hutan landai je 
lalu tepi curam sikit-sikit 
semalam masa nak ke Air terjun Sungai Kooi  trek lebih mencabar sedikit 
sebab mendaki dan merentasi anak-anak sungai 



Subhanallah cantik kan 
harap terus terpeliharalah kecantikan alam macam ni 




tapi bila dalam hutan kita kena selalu ingat 
bukan kita je dalam hutan tu 
dan ada hidupan asal juga kat sana 

ni lah terbaik diorang ni , 
walaupun suka sakat orang tapi keselamatan kami first priority 
terima kasih jaga kami sepanjang berada di Royal Belum 
"Cik U" tu dah mati..nasib baik juga
 jadi diorang dah alihkan jauh dari tempat kami nak lalu 


kat sini tak boleh memancing ye 
kalau nak bawa pancing kat tasik pun kena ada permit 
tak boleh sebarangan 



Alhamdulillah sampai dah ke destinasi yang di tuju 
cantik air terjun ni 
tapi please wear your safety jacket 
dalam juga air kat sini 

my BFF sedang bagi makan ikan kelah 
jinak juga ikan nya 


mula-mula macam tak nak mandi 
nak lepak bagi makan ikan je 
tapi tengok kawan-kawan lain mandi macam best pulak 
hahaha 
lagipun lepas ni tak tahu bila lagi dapat mandi kat sini 
jadi kakak Cramp turun  juga sampai ke air terjun ..haha 
dalam kat sini memang tak jejak dasar air tapi kami naik "teksi air"
hahah... diorang bawa tarik ke air terjun tu, yang lain pegang bahu o.k la macam tu kan

jom...jom sape nak tumpang lagi ?
ikut belakang okeh ..hihi 

hishh... x boleh tengok orang tenang nak ambik gambar 
ada je idea nak mengena kami ...tengoklah tu 
bukti ...haha 
habis kena simbah air...pekak telinga oiii 
lepas bergambar saya memang kurang selesa la kalau dalam air tu 
mula la cari .. tanah mana tanah ..haha 
terus gerak minta "teksi air" bawa ke kawasan yang cetek sedikit 

enjoy lah boleh mandi 
mujur juga turun mandi .. kalau tak rugi rasanya 


lepas hampir 3 jam mandi manda 
kaki dah sejuk baik cepat naik ...nanti cramp lagi mau kena bahan ..ekeke 

bila nak jalan pun ...Haaa jalan elok-elok kang cramp kaki 
Cissssskek.... kuajooo laaaa kan >___<
sampai nak makan pun semua tak boleh 
ulam ni sejuk nanti ko cramp katanya 
sosej BBQ ni orang cramp takleh makan ...hahahah 
ku perhati jeeee peerangai sorang-sorang tu kan 
ko buli kakak yeeee ..hahaha 

lepas mandi manda , balik ke houseboat kami di sajikan dengan gulai pisang 
ulam-ulam, kerabu, ikan goreng ...huiiii 
memang sedap lahhh...nasib duduk 3 hari 2 malam je 
kalau lama sikit mau naik sekilo dua :P 

terima kasih banyak kat Chef yang masak sedap-sedap 

No comments:

Post a Comment