Friday 11 October 2019

Galeri Rumah Botol, Penarik Terengganu

Bismillah 

hasil carian kat gugel jumpa info berkenaan rumah Botol ni 
Rumah Botol terletak kurang 5KM dari Celup Tepung Wan su 
 dekat dah tu , jomlah singgah sekejap 
nasib baik Tn John nak bawak ke rumah tu 




Galeri Rumah Botol
 Jln Penarik - Mangkuk, Kampung Penarik, 
21010 Kuala Terengganu


dalam rumah ni terdapat lebih kurang 7000 botol yang dikumpul sepanjang pantai 
Pemilik rumah ini ialah seorang warga emas yang prihatin 
Tengku Mohd Ali Tengku Mansor, 74

Tengku Mohd Ali atau lebih mesra dipanggil Ayahku berkata, dia mula mengumpul botol selepas menyedari banyak yang hanyut dan terbiar di pantai dekat Kampung Penarik dan Kampung Mangkuk.

“Saya sedih melihat banyak botol terbiar ini dan ada tangan nakal yang sengaja memecahkannya (botol kaca), menyebabkan pantai tercemar dan bahayakan nyawa pengunjung.

“Bimbang perbuatan itu berterusan, saya mengupah kanak-kanak di kampung untuk memungut botol yang hanyut ini dengan setiap botol saya beli pada harga lima sen.

“Tak sangka banyak juga yang boleh dikumpul sebelum mendorong saya bina Rumah Botol ini,”


 tu je sedikit info yang boleh saya share kat sini 
next entry route Besut ! 



sekian 

No comments:

Post a Comment