Bismillah
20 Oktober 2019
awal pagi lagi tn John macam biasa dah bangun dan termenung di bucu katil :P
pastu dia mula la tanya nak kemana kita hari ni ?
nampak tak dia punya tak boleh duduk diam kat rumah ? hahahah
menggigil ooo kalau duduk rumah .. aduiyai
#sispasrah sambil tu kita enjoy jelah
jangan jadikan benda ni isu walaupun penat ke apa
kalau tak enjoy kau yanga kan rasa stress gitu ye nasihat kakak petang ni ..kah..kah..kah
jadi oleh kerana jiwa ride yang bergelora tersebut
kami pun ride lah ke Janda Baik
tak makan kat Warung lempeng tu sebab ramai nye lah manusia
bukan setakat yang naik moto, yang berbasikal , naik kereta semua ada
nasib baik tak de beca naik sini kalau tak pasti lagi meriah ... haha
masa kami nak bergerak balik ..konon nak ke Batang Kali dari situ
kami terserempak dengan Pak Long Amintany dan Kak Ella
ehhh ... macam kenal je moto oren tu ...
berjodoh pulak hari tu..kami patah balik dan jumpa mereka
Mereka ni Couple rider dari Penang
ride Yamaha Y suku 150
kental betul lah ... jauh kot kami dah berjumpa semalam masa di Gathering RPFO
pagi tadi masa kami nak bertolak ke Janda baik nampak Pak Long Update Facebook
mereka kat Rawang By Pass ..kami ingat mereka dah nak balik Penang
rupanya boleh belok naik ke Janda baik ... hahah dahsyat ni bukan biashe-biashe
First time kami jumpa Pak Long dan Kak Ela dekat Tangkak
masa ULTRAS MLR Gathering
ni kali ketiga la kami jumpa
dah alang-alang jumpa diorang kami singgah lagi makan
kami lepak dekat Warung Janda Baik ni
sempat la ambik-ambik gambar
Dari warung Janda baik kami bergerak ke atas sikit
nak try minum kopi dekat kedai tu
hari tu nampak kat TV3 macam best
ayuh lah minum Kopi terbaik dari ladang katanya
Kopi Ladang Restaurant
Lot 6503, Kg janda baik, 28750 Bentong, Pahang
Hours:
Thursday Closed
Friday 11am–7pm
Saturday 7:30am–9pm
Sunday 7:30am–7pm
Monday Closed
Tuesday Closed
Wednesday Closed
take note ye waktu operasi kedai ni kalau nak datang
dari Kopi Ladang alang-alang kami nak balik ke Batang Kali
No comments:
Post a Comment