Wednesday, 16 October 2019

Sungai Kooi, Royal Belum

Bismillah 

Dari kampung Orang Asli kami menaiki boat menuju ke Air terjun Sungai Kooi
Perjalanan ke dalam lebih kurang 15-30 minit 
trek agak mencabar , berbatu dan melalui kawasan air 


hati-hati bila masuk hutan ye 
mulu jangan celupar jalan dan fokus kat mana nak letak kaki bila merentas hutan ni 
batu-batu licin, banir pokok-pokok besar 
ikut saja instruction 
jangan pandai-pandai atau nak buat pandai 

sepanjang perjalanan itu kita akan melalui jalan yang berbatu, merentasi anak sungai dan disajikan dengan pemandangan hutan tropika yang indah dan luar biasa!
Di situ, kita akan melihat pelbagai jenis flora dan fauna yang sangat unik...sesetengahnya memang payah untuk ditemui, antaranya 'lantern bug', 'tetrastigma vine' dan 'fig trees'.
Kita juga berpeluang melihat beberapa spesies pokok herba serta mendengar bunyi serangga yang unik.

kami juga perlu mendaki sedikit untuk sampai ke Air terjun 

Perhatikan batu-batu tu 
semua berlumut 
jadi please extra careful pijak lah dengan yakin 
masa kami sampai air terjun kurang air nya 
kami dijelaskan jika bernasib baik air terjun tu besar dan akan basah juga dari tempat kami berehat tu 

Ni gambar dari Google 
mungkin macam ni lah rupa air terjun tu kalau air banyak 

ikut je tali yang ada tu 
pegang dan pijak dengan berhati-hati 

bangga dengan kakak kami 
walaupun dah 40-50 an tapi masih cabar diri ikut masuk dalam hutan bersama kami 
jom lah ambil gambar kenangan sama-sama 

jika kami mendaki lebih tinggi 
terdapat juga bunga Pakma Rafflesia
ni gambar dari google 
kami tak naik ketaas lagi sebab trek dah hilang 
dan masih belum musim dia kembang 
nanti panjat jauh-jauh xde bunga x best la kan 

ada juga diberitahu Bunga ni kalau dah mati 
akan ada bau busuk seperti Bangkai 
tapi tak tahulah sejauh mana kebenaran tu sebab kami tak pergi tengok pun 


Yeay kami berjaya mendaki naik ke Air Terjun Sungai Kooi 
dan berjaya juga balik sampai ke Houseboat! 
petang kami repeat aktiviti Mandi Tasik 

walaupun kaki saya bikin malu Cramp 
tapi saya enjoy je kursus kali ni masa Cramp tu je emo :P 
bila teringat balik it was a sweet memory 


Day 2 is Awesome :) 


sekian 


6 comments: