Showing posts with label couple rider. Show all posts
Showing posts with label couple rider. Show all posts

Tuesday, 12 November 2019

Saturday, 9 November 2019

Lucky Draw A76 Lenggong - 26 Oct 2019

Bismillah... 

26 Oct 2019 kami berada di Lenggong , Perak 
ni pun tak pasti lah kali keberapa kesana 
dah banyak kali 
nak cari entry terdahulu pun malas kalau korang rajin cari je kat search atas tu 
taip Lengong , akan ada la tu pun kalau rajin 
kalau malas scroll jela laju-laju 
sis faham ramai orang tak rajin membaca hahaha 
tu pasal zaman sekarang youtube lagi famous 
orang boleh dengar dan tengok je 


Haa gambar ni nampak nice kan awan tu 
tapi kan ... langit tak selalu cerah 
lebih kurang 10KM selepas gambar ni dirakamkan 
kami kebasahan, kelencunan ... Hahhaha 
hujan lebat menemani perjalanan kami 

Friday, 8 November 2019

MOTO GP 2019

Bismillah 

untuk event Moto GP tahun ni kami just pergi sekejap je 
tak macam tahunlepas-lepas gigih beli tiket 
kali ni kita x masuk grandstand pun jalan-jalan kat luar je 
tu pun panas tak de ampun ...haha 

 habis cair make up kakak... kah..kah 
nak buat cemana kan dah nama ko duduk M'sia.. 
memang gini lah cuaca nya 
lainlah ko duduk London kan ?

Poskod 50300 Kampung Baru: Kapcai Coffee

Bismillah 

24 October 2019 balik dari office Tn john ajak lepak kat Kapcai Coffee 
ni first time sampai Kapcai Coffe Route50300 Kampung Baru 


Kapcai Coffee
93, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 
50300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Mengikut nama kedai , first sekali kami order Kopi! 
Coffe dia memang padu! coffee vietnam pun best 

Wednesday, 6 November 2019

Route N8 : GT214 STATION.

Bismillah 

2 November 2019 -Saturday 
That morning Tn John told me that he want to eat Murtabak 
haish mimpi ape guna bahasa orang kampung kite pulak hari ni ...haha 
hamboih celik mata nak makan murtabak pulak dia? ntah mimpi apa la malam tu 
sokay lah terus siap-siap dan dia cakap nak naik Yamaha LC je 
hurrmm o.k la PD o.k lagi rasanya ...hahaha ayuh lah 
berkayuh awal pagi dengan harapan tak panas ... dah la slow kan 

alamat kedai seperti berikut 

Thursday, 24 October 2019

ULTRAS Malaysia Local Route

Bismillah 

o.k akhirnya habis juga story Royal Belum 
back to never end ride story :P 
setakat Allah izinkan ni lah, bagi rezeki sikit, kesihatan yang baik 
alhamdulillah 
bukan lah story sangat pun , lebih kepada album gambar kot 
simpan sini buat kenangan 


 Ultras MLR berlansung pada 11-13 Oktober 2019
tapi kami datang 12 Oktober je , 11 tu masih kerja 

Pirate Corner Pit Stop Route 23 
No. 2 & 3 Aras 1, Jln. Anjung Emas, 
Pusat Perniagaan, Anjung Emas, 
84900 Tangkak, Johor

kami sure support event ni kat tempat Abg Naza 
ni port wajib singgah kalau ke Selatan tanah air 

kalau nak baca kat sini 


Bukit Malawati, Kuala Selangor tour

Bismillah 

gambar-gambar ni diambil semasa berlangsung nya 1st RPFO Gathering
masa selepas perasmian kami cuti-curi sikit masa untuk naik ke atas bukit Malawati ni 
dah banyak kali sebenarnya sampai kat sini 
tapi ni kali pertama naik sampai atas 

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda pada (Julai 1784). 
Setahun kemudian pada 28 Januari 1785,
 Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya,
 Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang,
 telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja.
 Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. 
Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.


Tuesday, 22 October 2019

1st Gathering RPFO 2019, Kuala Selangor

Bismillah 

pada 19 Oktober 2019 telah berlansung 1st Gathering RPFO yang bertempat di Kuala Selangor 
Tahniah buat team RPFO kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini  
kami sebagai rider ( kakak pillion je :P hahaha) akan sokong 
dapat keluar ride, jumpa kawan2 lama dan kenal kawan baru 
nak apa lagi kan ? kasi ON jelah 

Sunday, 13 October 2019

Last Episode Desaru International Bike Week 2019

Bismillah 

dah macam cerita petang-petang pulak ada episode
yela nak letak dalam satu entry panjang sgt 
kita update lah part by part 


Dari Hotel kita singgah sekali lagi ke tapak Bike Week 
kali ni pagi belum ramai jom lah ambil gambar kenangan 

Lakeview Terrace Resort, Pengerang JOHOR

Bismillah 

sampai ke hotel berbekalkan Nasi Itik Salai 
muka Tn.John ada sinyum ...hahahhaha 
nasib baik lah hotel ni so nice! 
view dia nice bilik pun luas dan selesa 


Lakeview Terrace Resort,
PTD 5025, Jalan Kota Tinggi 
 81620 Pengerang, Johor


Desaru International Bike Week 2019

Bismillah 

ni first time saya jejak Desaru! 
tu juga antara sebab saya nak ke DIBW kali ni 
dalam perkiraan ada juga rasa nak join Camp meet kat Gunung Jerai 
tapi xde tent ...haha nak tidoq mana?  
pastu pula hotel dah booking masa discuss nak pi Gunung Jerai tu 


Friday, 11 October 2019

Masjid lapan Kubah atau Masjid Russia

Bismillah 

Masa jumpa Kak Ara kat Route Dungun 
dia ada bagitahu yang Route Besut ni tak jauh dari Masjid Russia 
wah berbunga-bunga hati kakak ...hahahha 
mudah benar nak berbunga kan 
yelah, first time saya nampak masjid cantik ni 
masa Owner Route A76 Lenggong (Yeop) 
buat road tour dia ada singgah kat sini dan post gambar kat FB 

Thursday, 10 October 2019

Penarik, Kuala Terengganu

Bismillah 

dari Kuala Nerus, kami teruskan lagi perjalanan menyusuri pesisir pantai 
jalan-jalan sampai depan kedai sotong celup tepung yang famous tu 
yang orang macam semut tu 
tapi kami sampai kedai tu tak buka lagi 
kami singgah ambil gambar je 


Route 21300 : Warung Pok Choh, Kuala Nerus

Bismillah 

awal pagi selepas B'fast di Hotel kami gerak ke Warung Pok Choh 
b'fast kat hotel wajib udah bayooo kan? hahahhaha 
jadi kita singgah pitstop nanti makan sikit aje lah bisik hati kecil 

masa nak gerak tersempak dengan Owner kuda-kuda import tu
alahai segan kite wak 
hahah diorang pun dari KL dan dah nak balik 

ni owner pitstop Route 21300 

Warung Pok Choh (PitStop 21300, Kuala Nerus)
Lot 7379-A, Jalan Lapangan Terbang,
 Kampung Telaga Batin, 
21300 Kuala Terengganu


 Lokasi warung ni strategik o.k 
tepi laluan utama tepi laut , tapi jauh sikit je la dari laut 

China town, Turtle Alley dan Pulau Warisan, Kuala terengganu

Bismillah 

Dari Ayam Goreng Mad, Pasir Panjang 
kami balik ke Hotel 
lepas park si Belalang hijau tepi kuda-kuda imported (haha) 
segan juga sebenarnya 

ajak Tn. john jalan -jalan kat China Town, KT 
sebelum sampai lagi kat KT ni saja la search kat internet tempat-tempat menarik sekitar KT 
jadi bila dah tau tu, ajak lah jalan kaki tak jauh pun seberang hotel je 


Payang Water Taxi
tapi kami tak naik, jalan-jalan tengok aje  

Pitstop Route T11 : Ayam Goreng Mad.

Bismillah 

nak menghabiskan entry Terengganu kali ni akan ada banyak part 
sebab banyak menyinggah dan banyak gambar 
perjalanan 3 hari dua malam 

malam pertama di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu 

last time datang Terengganu kami pernah stay dekat 


 dari Hotel Seri Malaysia ke Ayam goreng Mad ni tak jauh mana 
tapi biasa la jalan dalam town , banyak traffic light 

Tuesday, 1 October 2019

Route A2 Taiping : Selera Warisan Abah

Bismillah 

sambung dari entry sebelum ni 
dari Sumpitan kami meneruskan perjalanan ke Taiping Bandar Warisan 
melalui Batu Kurau 
Route A2 taiping ni terletak berhampiran sangat dengan Penjara Taiping 
tepi tu je haaa nampak tak belakang Tn .John tu 

Selera Warisan Abah 
Jalan Kamunting Lama, 34000 Taiping,
 Negeri Perak

Thursday, 5 September 2019

Pitstop 40400 Bukit Lanchong Atok & Ustaz

Bismillah 

masa ni xde kerja sangat 
balik dari kerja booring kegigihan la pergi lepak sini 
jauh boleh tahan 
naik LC je ke sini 


Pitstop 40400 Bukit Lanchong 
Atok & Ustaz 
Jalan Besar, Kampung Bukit Lanchung, 
47620 Subang Jaya, Selangor
 Waze je atok & ustaz o.k 


Monday, 12 August 2019

Repeat Elephant Sanctuary, Kuala Gandah

Bismillah 

Ahad 14 July 2019
Kak Zarina dan Abg Sam nak jalan-jalan tengok Gajah 
jomlah kita pergi 

ni kali kedua kami pergi sana 
first time pergi berdua je ...

Menjejaki Mentarang Sekinchan - Restoran Faridah Mentarang Bakar

Bismillah 

Terpengaruh dengan Rancangan TV
Ni kali kedua lah ni...pengaruh Majalah 3
😂😂😂
haritu pergi Melaka cari Mee Goreng Tengkera 

Tengok macam sedap je Mentarang bakar 
Jadi bila ada masa free...
Jomlah kita pergi makan Mentarang bakar kat Sekinchan sana 
jarak dari rumah ke Sekinchan tu dalam 90 KM 
mengambil masa 1 Jam setengah kalau bawa moto kelajuan biasa 
sana nak laju pun susah awak 
jalan dia berlubang, beralun, bergelombang lagi bergelora ...hahahahha 

dah tengok kedai tu buka awal pagi 
cun! sebelum panas jom lah gerak 
kali ni jentera yang membawa kami Si Biru LC 135 je