Bismillah
untuk minggu yang ke seterusnya
Tn.John bawa saya ke KIBW pada 23-24 March
pada asalnya kami masih juga ragu-ragu nak pergi ke tak ....
jauh kan tempat tu ....KL - Alor setar hampir 430KM
kalau naik flight baru 1 jam ni ambil masa hampir 5 jam
cuaca pun faham-faham la panas tiada ampun
tapi dah dia nak pergi jugak o.k la duduk rumah pun booring kan
siap lah kami dan bertolak awal pagi dari KL
kami tak de singgah mana-mana just rest kat RNR je
sampai ke Alor Setar hampir 3.00 ptg
kalau letak telur ayam celah ketiak dan tak pecah mau dah menetas jadi anak ayam awakkkk
aduii penatnya la hai masa tu :P
lepas check in hotel
tapi kebetulan sangat hari tersebut ada Majlis kat Masjid sebelah Hotel
makanya Hotel pack
tapi Alhamdulillah syukur masih ada satu bilik tapi single room
eh..ade kakak kesah janji bilik dapat rehat ...bayar extra RM10 dapat la extra bed
so settle
dari hotel kami wajib singgah makan kat lokasi ni
elok lah tu memang perut x berisi makanan berat pun
just makan roti dan buah je sepenjang jalan
kami pekena nasi kandaq
lepas makan terus tersandaq
ada jumpa sepasang couple rider dan motosikal MT09 tracer
wow selesa lah motosikal nya berkuasa tinggi ...
mula-mula jumpa dekat Shell Juru rasanya
kemudian jumpa lagi kat Nasi Kandar Danial
ada la berborak sikit katanya dr Sungai Buloh ...belum check in hotel
katanya lagi ada bawa passport kalau x de hotel kat Alor Setar boleh la cross border
hurmmmmm
ni selalu juga jumpe ....tak tau la apa yang seronok sangat bila cross border
pada saya biasa je ...xde la nak bangga sangat ke ape
malaysia pun banyak lagi tempat tak mampu nak jejak
lepas makan kami pun menuju ketapak event
ramai juga orang pada waktu tu
sesak....kami tak lah lama pun kat sana
lepas pusing dan tengok booth yang ada kami balik ke hotel dan rest
perjalanan balik kami dr Alor Setar ke KL agak mencabar pada hari tersebut
Alor Setar ni ada la beberapa kali sampai
dari Alor setar kami shoot terus sampai keluar dari Penang
seawal pagi
memang nak elak jem area Penang
jadi berjalan lancar seperti yang kami plan
singgah di RNR Gunung Semanggol
rest lama sikit hari dah semakin panas
lepas rehat hampir 45 minit kami pun siap-siap nak gerak
terserempak dengan couple rider otai ni
Tn.John dia perasan motosikal Honda milik mereka
no pendaftaran nya unik kata dia CDL no tak ingat ..hihi
hampir dengan ejaan COLGATE katanya
sempat bertegur sapa tapi xlama
x sempat berborak
saya kagum dengan diorang ni ha ...selalu ride support event permotoran
bukan setakat ride ke tapak event tapi siap jalan-jalan kawasan sekitar
tengok tempat orang ......
nanti kalau ada yang tanya pernah pergi satu-satu tempat tu
tak de lah jawapannya 'haah ada pergi masa bike week, tapi tau kat tapak tu jela
kawasan sekitar tak tau pun ... macam saya lah tu ..ekekekkeke
tn.John tak suke explore sgt satu tempat
dia sampai tempat dia nak tuju ....dah
penat dan nak rest ....huhu penat je kakak buat research apa ada kat kawasan berdekatan
-______-"
hentian kedua kami kat RNR Sungai Perak
singgah rest dan makan buah jambu je
tapi masa kami nak meneruskan perjalanan
kedengaran siren bomba lalu di jalanan
dalam hati ada lah terdetik
bomba datang berlumba-lumba ni ada kemalangan ke ?
dari RNR Sungai perak tu baru jalan hampir 1KM dah mula jem.......
adui 'lap peluh awak nak selit celah kereta dengan pannier nya
dengan matahari membahang ...ya tuhan mencabar rasanya
rupa-rupanya ada dua buah lori terbakar
kebakaran jadi lebih buruk bilamana lori tersebut membawa muatan plastik
saya pun tak pasti benar atau tak ...orang sekitar lokasi kejadian yang bagitahu
memang besar api dia....
di tengahari yang membahang ditambah lagi dengan api yang marak
boleh brain tak panas dia macammana?
kami berhenti tak jauh dari lokasi kejadian
motosikal lain saya pun tak faham kenapa ...semuanya bersemangat nak terus ke depan ?
nak dekat dengan lori terbakar tu ke?
atau mungkin mereka fikir boleh selit melepasi kawasan kejadian
akhirnya motosikal yang penuh di depan tu dah blok ambulan
terpaksa berundur dan mengalihkan motosikal mereka...
tak lama lepas tu pihak PLUS buka jalan seberang untuk u turn ke arah sungai perak sana
masa terkandas hampir satu jam lima belas minit kat highway yang panas membakar
kami dah plan dah ni kalau kena u turn .... kami takakn tunggu nak masuk highway semula
kami akan masuk ke jalan Manong dan exit kat Parit
kemudian masuk highway semula kat Gopeng
lalu ikut mana ?
tu ha dalam gambar ikut laluan motosikal tepi petronas ni ke jalan belakang
kami dah lalu banyak kali jugak kat jalan tu
1 jam perjalanan kami sampai kat pekan parit
dah alang-alang sampai kami makan tengahri kat sini
all time fav
siakap kat kafe ni memang belum ada tandingannya
sedap secukup rasa nak-nak lagi kalau masa kau order ikan siakap tiga rasa ni
tak ramai customer lain kat kedai tu ....hihihi
jadi dia masak x rushing dan fokus kpd ikan siakap awak ajer
tapi aklau orang ramai pun tetap sedap jgn risau ...hihi
masa kami masih berehat-rehat kat kafe ni
Tn.John ada berbalas-balas wasap kawan
dan abg Tasha ada maklumkan beliau sedang berkaraoke
Tn.John cakap nak request lagu
tajuk : HUJAN nyanyian Allahyarham Sudirman
hihii nyempat aje dia memang panas sgt tengahri tu
Perjalanan diteruskan memakan masa hampir 4 jam bagi kami yang sering berhenti rehat
bertolak jam 4.30 p.m dan cuaca bertukar 360 darjah dari tenghari tadi
keluar dari Pekan Parit hujan telah mengiringi kami
semakin lama semakin meriah hujan nya
sejuk dan kuyup sepanjang jalan
hahahha sape tadi request lagu HUJAN bagai ? haaaaaaaa nindia ambik
basah kuyup ruyup ...hihihi jacket kami x lah waterproof cuma water resistance
basah jugak la kan ....
sampai KL 8.00 malam awak ...
sejuk dan penat ...
tapi itu yang kau pilih hadap aje lah
tarik nafas hembussssssssss
sekian .
No comments:
Post a Comment