Bismillah
Hari kedua di atas Mystical, 4.30 pagi kami dah bangun
bilik air ada dua ye dalam Mystical ni
4 bilik lebih kurang dalam 25 orang nak mandi
kalau tak bangun awal pukul berapa boleh siap ?
tu belum yang sakit perut lah, yang nak syampoo rambut bagai
hihihi xpelah semalam pun tido selesa je sejuk
solat berjemaah pagi
Tok Imam Man yang kat depan tu
alhamdulillah masih boleh solat sama ramai-ramai :)
semoga diberkati aktiviti kami 3 hari 2 malam disini hendaknya
sebelum sarapan pagi ada buat game sikit
peserta dipecahkan ikut kumpulan
just follow instruction dari En.Helmi
game biasa tapi fun lah susun ikut bulan kelahiran, umur, bilangan anak ...
kemudian kami teruskan lagi dengan aktiviti
Pemburu, Isteri dan beruang
amboi kak Shim...beruang ke isteri tu ? hihi
waktu ni Isteri dan Beruang ...team kami Isteri
kalau Pemburu kalah dengan Isteri
Kalau Beruang kalah dengan Pemburu
Isteri kalah dengan Beruang
haha masa ni saya tak ingat kenapa...
tapi kalau tak silap ni main tembok dan pemburu tu
bila instructor tunjuk kat kita kena tunduk jadi tembok
dah orang kiri kanan kena tembak siapa lambat dia kalah
dah habis game nak pergi makan kat boat sebelah
makan mee goreng dulu sebelum bertolak ke kampung Orang Asli
orang asli kat sini dari suku kaum Jahai
Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli).
Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor.
Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.
Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro
di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina.
Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik.
Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan
beratapkan daun bertam dan tepus.
Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah.
Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.
Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan.
Ni boat kami, boatyang paling besar
jadi kena bawa muatan barang
enjin boat ni 14000 kalau tak silap saya
maka berangkat lah kami
No comments:
Post a Comment