Monday, 30 September 2019

5th ATM -Adventure Touring Malaysia Gathering 2019

Bismillah 

Tahun ni ATM Gathering buat awal 
last year buat bulan October 
tahun ni 16-18 Ogos 2019... walaupun dari segi sambutan kurang dari tahun lepas 
tapi kita enjoy je...menghabiskan waktu di hujung minggu 

lokasi ATM Gathering tahun ni di Sekolah 
Sek Keb Assam Jawa 
kami keluar macam biasa awal pagi dan jalan santai-santai 
singgah makan dulu ...kedai makan masakan jawa 

set nasi tu memang ada sayur kacang panjang tu 
sedap la pagi-pagi dah belasah makan berat macam ni ..haha 
apa la nak jadikk... 



 masa kami sampai tak de lah ramai sangat 
bermula dengan talk keselamatan jalan raya 
kemudian talk dari Abg Sidiana 

diorang ride dari KL sampai Mekah 
dengan Honda RS ...saj aduduk dan dengar pengalaman orang 
kita nak capai tahap-tahap macam tu tak tahulah bila 
mungkin belum ada dalam perancangan 
hihi 

 Bila kau dah biasa selesa, mudah 
bukan senang nak cabar dir keluar dari comfort zone tersebut 
biasa tido atas tilam, aircond, nak makan buka peti ais 
nak ke bilik air buka je pintu tepi tu ha 

ni kau overland makan kena cari kat mana yg halal 
atau nak masak atau kebarangkalian lain 
tido pun kalau kau ada budget boleh sewa hotel o.kla 
kalau kau ada budget tertentu nak berkhemah bagai 
haishhh kurang kental sis ni ...hahahha 
kita pun nak dengar pengalaman seronok cerita diorag ni 

 kak Eja dan Abg Sam sampai lambat sikit 
tapi diorang ada best la jugak ada kawan 
kalau tak sure booring sikit ..last year kami berdu aje ... 

 sebelum gerak untuk makan tengahari 
jomlah ambil gambar dulu 


lepas group photo baru ke kedai fav 
last year pun lunch kat sini ...tap tahun lepas, after lunch dah habis program 
tapi tahun ni drag sampai malam 
ada cabutan bertuah 

 si Buah Naga yang tak mengecewakan 
rasa yang unik dan sedap 
laksa pun sedap 

 sambil makan borak dengan orang hebat ni 
Kenapa dia hebat ? sebab dia berani dan tiada istilah kalau dalam hidup dia 
berbasikal sampai ke kutub utara sana 
mana ada hidupan dikala suhu dah cecah negatif? 
adui tinggalkan keselesaan hidup, tinggal anak isteri 
dan masa disana dia cakap bila-bila masa je nyawa boleh melayang 
bila tidur dan kau tak pasti kau bangun masih hidup atau tak 
haishhh 
cannot brain lah dia punya cabar diri tu 
Semoga urusan terus dipermudahkan Allah s.w.t 

agak-agak pernah tengok berita 
lelaki tarik tayar dari Putrajaya sampai ke Dataran Taiping ? 
ye ...inilah orang nya 
tabik springgg brother 

322 KM Pull Tyre Expedition
KaaR Aslanz Journey


View this post on Instagram

A post shared by Khairil Aslan Ab Rasid (@khairil_aslan) on


selain Kaar Aslanz ada seorang lagi
Amir Arsad ...dia pun seorang pengembara

lepas makan kami ke Masjid solat dan rehat 
bila matahari dah kurang panasnya 
kami gerak lagi menuju ke tepi pantai 


Lepak tepi laut sambil makan mee udang 
layan 
Mee Udang ni sumpah sedap dan murah 
tapi nama kedai sis tak tau 
haha 
try la cari kat Pantai Jeram tu ha..jumpa nyerrr 


Kami balik semula ke tapak event ... 
duduk berborak sampai lebam uolss... hahahha 


sempat lagi dia try moto atok 
sedap seat tu katanya macam tak nak bangun ..hehe 
dan selalu terjumpa dekat event Givi 

memang lebam la sampai malam layan duduk sini 
hahah gigih la sorang-sorang 
diorang ada ramai juga yang berkhemah kat sini 
ada yang dah baring pun
Hadiah lucky draw 
ada Helmet , glovem baju hujan , sweater , makanan 
Rezza adventure food pack 


 kak Zarina dapat dulu 
dua lucky draw dia dapat 
dan kedua-duanya makanan Rezza ni 
o.kla boleh makan 

Kemudian baru kami dapat 
juga dapat 3 pack Makanan Rezza ni 
Rezza Adventure Food Pack ni mudah kalau bawa travel 
ko masukkan air kosong je , masukkan heating pack dia tu 
masak nasi kau ...air sungai pun boleh 
sonang laaah kiranya 
kalau cita-cita tinggi nak overland ke luar negara mana-mana ntah tu 
boleh try ni ye 


dan ...Lucky Draw terakhir kami 
rezeki dapat sweater Belut TV ni 
Alhamdulillah 

lpas habis lucky draw memang lah tak tunggu 
dah lewat malam haaaa 
teruslah cabut balik 


sekian 

No comments:

Post a Comment