Showing posts with label AKRAB. Show all posts
Showing posts with label AKRAB. Show all posts

Thursday, 24 October 2019

Houseboat Royal Belum : Last Day hingga berjumpa lagi

Bismillah 

2.00 petang houseboat kami dah bergerak untuk balik 
menikmati permandangan di tasik yang indah buat kali terakhir 


Santuary Ikan Sungai Ruok, Royal Belum

Bismillah 

Ahad 6 Oktober 2019, macam biasa awal pagi lagi kami dah bangun 
4.30 pagi bilik kami bertujuh dah berlampu
tak nak rushing mandi nak rebut-rebut dan siap 
nak solat jemaah sama-sama subuh tu , biar menunggu tak pe 
daripada rushing 

bila siap awal, sempat la layan morning view tengah tasik 
memang cantik dan mendamaikan 
ada juga houseboat lain yang park dekat dengan kami 

Wednesday, 16 October 2019

Sungai Kooi, Royal Belum

Bismillah 

Dari kampung Orang Asli kami menaiki boat menuju ke Air terjun Sungai Kooi
Perjalanan ke dalam lebih kurang 15-30 minit 
trek agak mencabar , berbatu dan melalui kawasan air 

Melawat orang asli Royal Belum dari suku kaum Jahai

Bismillah 

Lokasi seterusnya kami akan menuju ke kampung Orang Asli 
tak lah jauh sangat dari rumah terapung kami haha 
Houseboat tu dah parking kat tepi tasik 
kami bergerak naik boat-boat kecil 
ada 4 ke 5 buah tak ingat 


Royal Belum , Day 2 Morning activities

Bismillah 

Hari kedua di atas Mystical, 4.30 pagi kami dah bangun 
bilik air ada dua ye dalam Mystical ni 
4 bilik lebih kurang dalam 25 orang nak mandi 
kalau tak bangun awal pukul berapa boleh siap ? 
tu belum yang sakit perut lah, yang nak syampoo rambut bagai 
hihihi xpelah semalam pun tido selesa je sejuk 

solat berjemaah pagi 
Tok Imam Man yang kat depan tu 
alhamdulillah masih boleh solat sama ramai-ramai :) 
semoga diberkati aktiviti kami 3 hari 2 malam disini hendaknya 


Program Pemantapan AKRAB 2019 : Tasik Banding, Royal Belum !

Bismillah 

Baru-baru ni kakak berkesempatan join kursus dekat Royal Belum 
lebih kurang macam aktiviti tahunan 
bila setahun sekali dapat join kursus yang ada challenging macam ni best juga 
last year dah ke Taman Negara 

masa apply untuk join kursus ni 
dah rasa best ni kursus kat Royal Belum 
mesti adventure!

Friday, 16 November 2018

Day 3 Program Pemantapan AKRAB : Taman Negara, Kuala Tahan

Bismillah

Hari Ketiga dah nak balik ...
tapi kami ada aktiviti dalam kelas untuk hari terakhir ni 
sebelum tu kat padang sekejap 
sesi senam-senam...pastu dah panas kita terus masuk kelas 

 masing-masing sedang dengan penjelasan En. Zaki 
dan bahagi kumpulan 
bila ada kumpulan ada la discussion kan 

 Bincang lah hasil daripada program kali ni 
kelebihan , kekurangan dan penambahbaikan 
 tak tau lah apa yang sedih aje rupa Kak Aishah tu ..hahah 
tapi kertas yang lekat kat belakang tu aktiviti last
 Kakak menulis tapi tulisan Ya Ampun ....
asalkan boleh baca o.k lah 
jangan minta kakak present ye 
rosak nanti ..hihi 

 Ye kami bentangkan next destination untuk Program AKRAB 
dan group kami sebulat suara pilih untuk ke 
Taman Negeri Royal Belum Perak ! 

 Ni team Mak lang my BFF 
diorang nak pergi kat KKB je 
bagus-bagus kurang budget dan dekat je..hihihi 
kita nantikan lokasi seterusnya tahun depan 

 Ni sesi penilaian kawan-kawan 
tulis lah kat belakang tu sifat kawan kita yang kita kenal untuk 3 hari 2 malam tu 

 tunduk jangan tak tunduk...nak tulis ni awak 
hihi 
ni lah yang tertulis kat belakang saya 
TQ uols for the lovely words... amin 
Last group picture sebelum bertolak balik 


sekian 

Thursday, 15 November 2018

Melawat Perkampungan Orang Asli dari Suku Kaum Bateq dan Rapid Shooting!

Bismillah 

petang tu kami semua dah berkumpul di jeti sementara menanti boat sampai 
tapi kali ni kami tak naik boat kecil 
dan tak cross ke Taman Negara 
tertanya-tanya juga kemana kami akan bergerak 


 Sementara Boat sampai kita selfie dulu 
ada la juga gambar untuk tinggalkan kenangan kat blog ni kan 
kalau tengok pada tentative program memang sudah tertulis 
aktiviti petang - Melawat Orang Asli dan Rapid Shooting 

 tapi xlah bayangkan macammana Rapid Shooting tersebut 
kita layan kan aje lah 
tapi dah dipesan pakai life jacket tu kemas-kemas elok-elok 
baiklah
 masa ni belum start lagi mampu lah kau selfie kan 
hahaha 
kak Siti dengan Spect hitam tu santai nampak ...
tak lama lepas gambar ni di ambil 
kami telah diserang bertubi-bertubi 
tanpa belas kasihan ...hahahha 
boat-boat kami berlumba dan boat yang berselisih akan attack dengan air
 memang xde lah yang kering..dalam luar lencun..hahah 
 pakej sekali dengan air teh Sungai Tembeling ni 
gullpp...gulpp...haha 

macam ni lah ... diorang akan guna pendayung untuk basahkan boat sebelah 
boleh tengok di Instagram saya 
maafkan jeritan si penakut disitu ...hahhaha 
jangan risau diorang dah ambil kira isu keselamat juga 
kalau bahaya diorang pun takkan buat 
 Basah habis kotak-kotak barang kami 
jadi buka kotak dan bawa isi  kat dalam je 

 bila semua orang dah ambil barang-barang kami bergerakke kampung orang Asli 



 barang-barang keperluan harianje kami bawa 
ada juga mainan dan pakaian 

 Hujan dah mula turun 
tapi apa ada hal . memang dah basah pun 
haha x kisah janji enjoy! 

  Bateq adalah orang asli berjumlah kira-kira 1,519 pada tahun 2000
Mereka tinggal di hutan hujan semenanjung Malaysia. 
Akibat daripada pencerobohan alam,
 mereka kini mendiami Taman Negara
Mereka adalah pemburu  yang masih hidup secara nomad 
 jadi lokasi sebenar penempatan mereka berubah dalam lingkungan umum kawasan yang mereka tinggalkan. sebab tu boleh nampak rumah mereka tak proper 
sebab berpindah randah 


Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. 
Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.

Maklumat dari JAKOA

golongan ini hidup bebas di dalam Taman Negara 

 sedang melihat Demo hidupkan api 
ni pernah tengok kat Discovery Channel Astro 
tapi in real life macamni baru first time lah 
pandai dia hidupkan api dah boleh kahwin ni..hahahha 



 kan dah nyala tu, 
asalnya hanya tali, kayu dan sdikit habuk sebagai starter api 

 Kemudian sambung lagi dengan  tengok dia buat tulup sumpit 
jarum yang ditiup guna sumpit tu 
masa ni tour guide kami tengah terangkan cara nak gunakan sumpit 
katanya kena blow angin dari perut 
ntah macammana tak lah saya cuba 

  hati-hati ye sebab tulup tu ada yang beracun 
racun yang digunakan untuk memburu binatang 
biasanya racun diperbuat daripada getah pokok Ipuh dan bisa haiwan 


 Hidup diorang ni bersederhana je 
tak perlukan aircond, kipas pun xde 
tak de nak dapur beria table top , kitchen Cabinet bagai kan :P 
tapi masih happy ...betapa mereka dekat dengan alam dan bersyukur apa ada nya 

macam biasa sebelum balik jomlah ambil group photo 
pokok belakang tu pun elok keluarkan kabus 
sejuk lepas hujan dan sejuk baju basah main Rapid Shooting 


sekian 

Wednesday, 14 November 2018

Program Pemantapan AKRAB , Taman Negara Day 1

Bismillah

Alhamdulillah dapat join program macam ni 
refresh sikit rasanya 24 Oktober 2019 kami bertolak
lagipun adanya program CSR macam ni dapat lebih mendekatkan diri kita dengan 
golongan yang jauh lebih struggle nak menempuh kehidupan seharian mereka