بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi
takut terlepas date pun ye jugak..saje nak share ngan korang
haritu kami ada la jalan-jalan tak de kerja ke Kuala Gandah
bertolak pagi singgah To'ki makan lemang pastu dah xde aktiviti
jadi try la bodek Tn.John tu ajak pergi sana nak tengok baby elephant katanya
(bajet comel ke ajak tgk baby elephant?) hihihi
pasrah ajee laki hakak tu
skali dia cakap o.k lah ..jommm
nasib baik tak terlompat bintang kat kedai To'ki tu kalau tak habislaah bisnes dia
Ride dari To'ki ke Kuala Gandah tak jauh pun
ambik exit Lanchang
tanpa perlukan waze Inshaallah boleh sampai
sebab signboard dia ade je
kondisi jalan masuk tu jalan dua hala agak sempit
saya boleh bagi 60% elok 40% berlubang, tidak rata dan tampalan jalan
kekiri-kekanan jugak la kami elak lubang tu
naik kereta rasanya xde masalah
jalan memang masuk ke dalam
nanti jumpa jugak Taman Rusa
tapi Tn.John xmau singgah ..penat pintal baju pun dia xmau pergi..kah..kah..kah
katanya lain kali sebab dia nak pergi ke tempat lain lepas tengok baby elephant
Kuala Gandah Elephant Sanctuary
Alamat: 28500 Lanchang, Pahang, Malaysia
Telefon: +60 13-908 8207
Waktu perniagaan:
Selasa 10:00PG–4:30PTG
Rabu 10:00PG–4:30PTG
Khamis 10:00PG–4:30PTG
Jumaat 10:00PG–4:30PTG
Sabtu 10:00PG–4:30PTG
Ahad 10:00PG–4:30PTG
Isnin 10:00PG–4:30PTG
sesampainya kat sana
parking memang luas no worries
dan entrance Fee is FREE
just daftar je kat kaunter
FREE o.k!!
apa lagi ajak la cik abe masing-masing pi ..bawak anak-anak misti fun uolsss
Aisyah ajak Cik Abe mu pergi ...dia suka binatang jugak kan
bagi dia tengok baby elephant pulak ..misti best
behave je diorang ni beratur tunggu masa nak makan
geram weiii comel je...
pastu dengar tuan dia cakap ngan dia dok "meawww...meaawww" grrrr
comelnya
hahahhahahha
yang besar-besar tu duduk kat belakang
besar wei..kaki dia je lebih dari sepemeluk saya
setiap seekor gajah ni ada 2 orang guardian
dan pusat konservasi ni dibuka setiap hari hanya tutup masa hari raya Aidilfitri yang pertama
Tn.Gajah ni dok bisik kt anak gajah comel ni
diorang guna standard international language bila bercakap ngan gajah ni
macam kat Thailand tu
tu yang "Meawww...Medaii..medai" hihihi
gajah-gajah kat sini dapat nama mengikut tempat dia diambil
contoh Langsat, Tahan,Gelam, Lanchang dan lain-lain lagi
dan gajah tertua kat sini berumur 74 tahun
mengikut penjaga kat sini Gajah tu mata pun dah tak berapa nampak
ambil gambar ngan Langsat
comelnya diaaaa....grrrrrrr
Tn.Langsat ni pun baik gila rajin layan saya borak
macam-macam sy tanya ...hahahha
nasib lah over excited macam tulah
Meh Langsat meh.....
Belalai Langsat ni pergh padu beb
kuat ...kasar-kasar je rasa bila dia pegang tangan saya
"alololo please Langsat jangan la tarik akak kesana" ...ahhahha
nanti kita boleh bagi makan diorang ni
Puas hati sgt dapat pegang gajah ni
yang paling kecil anak gajah jantan tak ingat nama apa dan umur berapa
lepas bagi makan boleh tengok Gajah ni mandi manda
gajah betina ni diorang bawak mandi kat sungai yang memang ada kat situ
pergh ..bukan main seronok wei dia mandi
siap baringkan badan dalam air tu
ada kalanya diorang menyelam kedalam
ajak Tn.John selfie
o.k nasib baik dia nak layan kali ni hahahhahah
pastu saya kan excited tengok gajah yang comel dan bijak tu
pastu Tn.John perati je
bila saya dah sengih2 dia siap sound
"haaa...jangan cakap nak bela anak gajah pulak lepas ni ? "
kah..kah..kah
ape la sampai kesitu pulak dia
rumah pun setengah kangkang gajah je xkan nak bela anak gajah pulak kan
mana kita nak duduk? hihihihi
kalau nak mandi ngan gajah-gajah tu sekali pukul 2.30 p.m
tapi kami tak tunggu pun
1.baju tak bawa pun
2. takuit jugak beso wei gajah tu hahaha
3. dia yak-yak jugak sambil mandi tu? hahahhahaha
kami teruskan perjalanan ke Temerloh Pahang
ditengahari yang panas
perut pun berdangdut riang maka kami singgah makan kat
APA (Ayam Penyet Ambia )
No 8, Gerai MPT Simpang Songsang
Pahang, Pahang, Malaysia
sambal ayam penyet dia menyengat uolssss
perghh berpoluh makan
puas laaa....selain kat temerloh ni ada juga kat Tanjung Malim
dia jual set RM5.00 je sekali air
puas hati makan
kemudian jalan-jalan pusing Temerloh
pastu tengok langit mendung sedih
sebelum hujan air mata turun ayuh la cari tempat berteduh
makanya kami singgah disini
Go'Bang Maju Patin Tempoyak
Go'Bang Maju Patin Tempoyak
Bawah Jambatan Temerloh
28000
Temerloh
019-956 9696
makan lagi ke?
takkk sebab dah makan tadi kan
jadi kita beli air aje lah
minum sampai la hujan seriat (berhenti/reda)
air tu ada 4 perisa tu secawan RM 5
Go'bang ni famous ngan ikan Patinnya
tapi tak try pun sebab memang masih kenyang
mungkin repeat lain kali
o.k panjang jugak kan cerita kali ni ...hahaha
harap orang tu puas hati la baca
haah yang tengah senyum tu la u know who you are ...hahahhaha
o.k last sekali just nak bagitahu
12 August 2017
this weekend adalah Hari Gajah Sedunia
jadi kat Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni
diorang ada buat persembahan sikit untuk tatapan pengunjung
ayuh lah korang yang ada masa dan kelapangan
yes its FREE
sekian ...
No comments:
Post a Comment