Bismillah
Terpengaruh dengan Rancangan TV
Ni kali kedua lah ni...pengaruh Majalah 3
πππ
haritu pergi Melaka cari Mee Goreng Tengkera
Tengok macam sedap je Mentarang bakar
Jadi bila ada masa free...
Jomlah kita pergi makan Mentarang bakar kat Sekinchan sana
jarak dari rumah ke Sekinchan tu dalam 90 KM
mengambil masa 1 Jam setengah kalau bawa moto kelajuan biasa
sana nak laju pun susah awak
jalan dia berlubang, beralun, bergelombang lagi bergelora ...hahahahha
dah tengok kedai tu buka awal pagi
cun! sebelum panas jom lah gerak
kali ni jentera yang membawa kami Si Biru LC 135 je
Cemerlang jugak LC 135 ni senang nak selit
kereta lori banyak pulak di hari tersebut
O.k Finally we are here
you have reach the destination kata waze
Faridah Mentarang Bakar
Pasir Panjang, 45400
Sekinchan, Selangor
Pasir Panjang, 45400
Sekinchan, Selangor
sign board dah tak berapa nak jelas
tapi masih nampak lagi
Ini lah rupa Mentarang Bakar
isi dia kenyal, rasa manis-manis masin original
sedap jugak lah
isi tu padat puas makan kalau makan kerang kan macam kecik-kecik
yang ni mengimbau kenangan sgt
dulu masa kecik-kecik ayah selalu bawa balik alien ni dan mak akan bakar
hahaha Alien ni nama dia belangkas ye
dalam masyarakat Melayu ada satu peribahasa
'macam belangkas'
bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja.
sebab belangkas ni kalau tangkap pasti ada dua ekor
dia x jalan seekor lonely katanya hahahhaha
dia xde isi pun nak dimakan
kita makan telur dia ....sedap oiii lemak rasa dia
kena pandai siang dan pandai bakar benda ni kalau x bahaya jugak nak makan
nanti la tanya mak macamamana nak siang hahahha
sebab dah lama ayah tak bawa balik jadi x tau mak siang cemana
dulu kecik-kecik mana nak ingat
Selain tu Tn. John order Sup Belut
haha kenmain dia katanya nak try
hokey lah kita order RM15 satu bowl tu
Video pendek saya try makan Mentarang
pada saya sedap la exotic gitu
pada saya yang sememangnya anak nelayan
tak de masalah makan benda macam ni
saya suke cuba benda baru ...
Sup Belut? hahahha
xde masalah x payah fikir macam-macam
anggap je makan ikan
Tn. John ni ishh kelakar..ahhaha
dia boleh cedok sup belut tu ...pastu x makan letak balik cedok lagi
dia x boleh nak makan sebab ternampak cara siang belut kat TV sebelum makan
kat Kedai tu ada play video pasal kedai diorang
tapi Tn.John makan jugak rasa katanya
selebihnya saya habiskan ...rasanya ada la dalam 4 ekor anak belut dalam sup tu
hahaha berdasarkan ekor kecik dalam sup
boleh bayang x ekor belut cemana? ekekekekek
lagi x lalu la Tn.John nak makan tgk ekor belut tu
:P :P :P
kakak bagi 4 bintang hihihi
masa balik tu jenjalan merayap dulu kat area situ
padi baru je dituai
ala..... tak de la green view
kalau tak...cantik uolsss
masa balik singgah menyendol dekat Bukit Kuching
kat mana tu ?
Cendol Station Santan Sawit
Jln Mawar, Kampung Bukit Kuching,
45600 Jeram, Selangor
sekian
Ya allah sedapnya mentarang...lama dah x makan...nanti nak buat la JJCM ke Sekinchan plak...
ReplyDeleteSedap kan kak SA ....rasa dia unik :)
ReplyDeleteWoww sedapni..ini kedai yang masuk majalah3 tu kan...nanti balik Sabak nak try gak singgahlah..nampaks edap sangat..
ReplyDeletehaahhh tgk dr Majalah 3 la ni ...sedap singgah jgn tak singgah hihi
Delete