Bismillah
2 November 2019 -Saturday
That morning Tn John told me that he want to eat Murtabak
haish mimpi ape guna bahasa orang kampung kite pulak hari ni ...haha
hamboih celik mata nak makan murtabak pulak dia? ntah mimpi apa la malam tu
sokay lah terus siap-siap dan dia cakap nak naik Yamaha LC je
hurrmm o.k la PD o.k lagi rasanya ...hahaha ayuh lah
berkayuh awal pagi dengan harapan tak panas ... dah la slow kan
GT214 STATION.
Lot 214, Kg Baru Si-Rusa,
Port Dickson 71050,N.Sembilan
Ha... tu dia Murtabak tarik cheese je ha
ni order satu je cukup makan 2-3 orang
besar portion nya confirm kenyang dan puas hati
orang yang celik mata nak makan murtabak tu tetap juga pilih nasi lemak
hahah nasi lemak pun sambal dia sedap
kami share berdua memang kenyang... puas makan
meh kita tolong iklankan sekali kat sini :
Kpd penggemar murtabak GT Special,
jika anda tiada masa utk dtg ke kedai mkn GT214STATION,
jgn susah hati.. kerana kini anda boleh menikmatinya pada bila² masa di area Port Dickson.
untung la orang PD kan ? kita ni kena la jugak ride kesana
Anda boleh order melalui food panda bermula hari ini 6/11/2019.
Antara menu yg Ada,
Murtabak GT Special
Roti Bolognese Cheese Beef or chicken
Roti cheesy meatballs
Roti beef pepperoni
Air kendondong asam boi
Air jiwa kacau
Waktu operasi bermula dari pukul 9.30am - 12tghari
Kenapa Murtabak ni special ?
sebab ianya ditebar dengan dulang
klasik kan ? original resepi turun temurun ...
lepastu ditebar pulak dengan penuh kasih sayang ...gitchewww
kak Hanis yang tebar... memang terbaik!
kalau pergi PD tu try lah worth it
perut dah kenyang hati pun senang jomlah ambik gambo
lokasi nya atas bukit tapi tepi jalan je...
selfie sekali ..
Ni abg Fauzi...owner GT 214 Station
kasik cop satu kali ..hihi
done tampal sticker
ni lah jalan masuk ke Kedai
ada dua jalan naik bukit pun boleh masuk ikut jalan ni pun boleh
semoga perniagaan Kakak hanis dan Abg Fauzi terus maju
dan sentiasa dipermudahkan urusan ...
Aamiin
sekian
No comments:
Post a Comment