Bismillah...
26 Oct 2019 kami berada di Lenggong , Perak
ni pun tak pasti lah kali keberapa kesana
dah banyak kali
nak cari entry terdahulu pun malas kalau korang rajin cari je kat search atas tu
taip Lengong , akan ada la tu pun kalau rajin
kalau malas scroll jela laju-laju
sis faham ramai orang tak rajin membaca hahaha
tu pasal zaman sekarang youtube lagi famous
orang boleh dengar dan tengok je
Haa gambar ni nampak nice kan awan tu
tapi kan ... langit tak selalu cerah
lebih kurang 10KM selepas gambar ni dirakamkan
kami kebasahan, kelencunan ... Hahhaha
hujan lebat menemani perjalanan kami
masa tenghari kami sampai kenmain panas lit-lit
kalau letak telur ayam tengah panas ntah-ntah menetas jadi itik...ehhh
hahaha lantak situ ayam ke itik blog akak kan ? ikut akak la nak tulis ape..hihi
Singgah sekejap je kat dataran Tasik Raban ni
dulu boleh makan sedap kat sini
sekarang restoran tu dah pindah malas nak cari lokasi baru
rasanya masa kami datang ni Restoran tu belum beroperasi masih buat renovation
dengar cerita Restoran tu dah berpindah di
Hadapan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Lenggong
kami sampai nampak ramai bikers di Pitstop A76
Tn John ajak masuk dalam dulu
Riverine Nature Camp
kat sini tak de orang pulak ..hahah
dah datang banyak kali pun belum pernah cop log book dan collect sticker kat sini
haha next tima la barangkali
Memandangkan xde orang lain , cuma kami berdua
pasukan ketenteraan Mosquito mula datang riki
sebelum kena attack jomlah .. hahaha
kalau ramai orang xde pun nyamuk ... serius sebab dah 2-3 kali datang o.k je
mungkin musim hujan jugak kot
kalau dah sampai mana mungkin tak snap gambar kan
ambil lah buat kenangan
kami datang sebab nak balik Kampung
dan dalam masa yang sama Yeop pun ada buat Lucky draw
jadi mana tau lucky kan ? kita singgah la
Fuuuhh kanan Fuhh kiri
hahaha tak bertuah ye ...xde dapat lucky draw
tapi o.k je kami ambik sticker tambah koleksi dalam buku
perut pun kalau datang sini manjangnya minta di isi ..haha
dari rumah dah fikir dah nak makan menu apa
jadi hari tersebu say amakan nasi goreng Rusa
pergh rare kan? so Exotic but it taste good !
Tn John makan nasi goreng ayam kunyit
pastu tambah pulak dengan ikan pekasam perghh
rangup krup krap-krup krap bila makan
heaven~
tengok gambar ni terfikir jugak ... siapa yang snap eh?
kami jarang ada gambar berdua kalau ride berdua
selalu selfie jelah
Rupanya abg ni ha yang snap kan ... Abg Shahrul Jengka
dah 2x kami terjumpa masa lepak kat A76 Lenggong ni
last time jumpa masa entry ni
hari tu rupanya diorang akan buat meeting MLR juga di A76
jumpa Abg Faizal Abd Rahim owner pitstop A2 Taiping
berbalik pada first paragraph yang menceritakan awan tebal dan hujan
ingat kan kami cuma ditemani hujan masa balik tu
rupanya .... ada entiti lain turut menempel
haishh... duduk je la kat Perak... tak payah la ikut balik KL
bikin stress je tau
Sebatang paku dah bertenggek kat tayar Belalang hijo
elok je tenggek tepi tu
Tn John dah semak dia tak kira dia cabut je paku tu
tayar ni pakai tiub ye tuan puan ...hahahah
lepas cabut tuang air ada buih sikit
hurm ... tawakal jela kita balik Batang kali
kat kedai biasa susah nak dapat tiub size tayar ni
berlubang kome
tapi kakak rasa paku tu tak kena tiub sebab sebelah tepi dan bunga tayar masih tebal
paku pun tak masuk habis
Haaa... masa balik pun sempat lagi singgah makan mee kari
Mee Kari kat Bidor la mana lagi kan
tengok tayar o.k x kempis
Alhamdulillah jom lah balik
Keesokkan harinya sebelum balik ke KL
tayar masih maintain je ...cun
boleh la jalan-jalan kat KKB
lama x singgah ...nasib baik tn John layan jomlah
kasut basah jadi kita ikat letak kat atas supaya kering
masa hari ni terjumpa dengan couple rider ni
Abg Emee Sham dan wife
diorang ni ride and Camp...salute la steady je dari Klang camping dekat Ulu bernam-Tanjung Malim
camping masak sedap-sedap plak tu
tak main la sardin ngan kobis je
hahaha
Nice to meet you two
semoga sentiasa berbahagia dan dipermudahkan perjalanan
nanti ada rezeki teringin jugak nak ride and camp dengan Sifu macam ni
masuk dalam list Idola kami ..hihi
nampak cool dan kemas je
macam ni barulah adventure kan
sekian
gmbr paling atas tu mmg ohsem dgn gunung diliputi awaan., ;p
ReplyDelete