Friday, 25 October 2019

Janda Baik, Genting Sempah ke Batang Kali

Bismillah 

20 Oktober 2019
awal pagi lagi tn John macam biasa dah bangun dan termenung di bucu katil :P 
pastu dia mula la tanya nak kemana kita hari ni ? 
nampak tak dia punya tak boleh duduk diam kat rumah ? hahahah 
menggigil ooo kalau duduk rumah .. aduiyai 
#sispasrah sambil tu kita enjoy jelah 
jangan jadikan benda ni isu walaupun penat ke apa 
kalau tak enjoy kau yanga kan rasa stress gitu ye nasihat kakak petang ni ..kah..kah..kah 

jadi oleh kerana jiwa ride yang bergelora tersebut 
kami pun ride lah ke Janda Baik 
tak makan kat Warung lempeng tu sebab ramai nye lah manusia 
bukan setakat yang naik moto, yang berbasikal , naik kereta semua ada 
nasib baik tak de beca naik sini kalau tak pasti lagi meriah ... haha 

Thursday, 24 October 2019

ULTRAS Malaysia Local Route

Bismillah 

o.k akhirnya habis juga story Royal Belum 
back to never end ride story :P 
setakat Allah izinkan ni lah, bagi rezeki sikit, kesihatan yang baik 
alhamdulillah 
bukan lah story sangat pun , lebih kepada album gambar kot 
simpan sini buat kenangan 


 Ultras MLR berlansung pada 11-13 Oktober 2019
tapi kami datang 12 Oktober je , 11 tu masih kerja 

Pirate Corner Pit Stop Route 23 
No. 2 & 3 Aras 1, Jln. Anjung Emas, 
Pusat Perniagaan, Anjung Emas, 
84900 Tangkak, Johor

kami sure support event ni kat tempat Abg Naza 
ni port wajib singgah kalau ke Selatan tanah air 

kalau nak baca kat sini 


Houseboat Royal Belum : Last Day hingga berjumpa lagi

Bismillah 

2.00 petang houseboat kami dah bergerak untuk balik 
menikmati permandangan di tasik yang indah buat kali terakhir 


Santuary Ikan Sungai Ruok, Royal Belum

Bismillah 

Ahad 6 Oktober 2019, macam biasa awal pagi lagi kami dah bangun 
4.30 pagi bilik kami bertujuh dah berlampu
tak nak rushing mandi nak rebut-rebut dan siap 
nak solat jemaah sama-sama subuh tu , biar menunggu tak pe 
daripada rushing 

bila siap awal, sempat la layan morning view tengah tasik 
memang cantik dan mendamaikan 
ada juga houseboat lain yang park dekat dengan kami 

Bukit Malawati, Kuala Selangor tour

Bismillah 

gambar-gambar ni diambil semasa berlangsung nya 1st RPFO Gathering
masa selepas perasmian kami cuti-curi sikit masa untuk naik ke atas bukit Malawati ni 
dah banyak kali sebenarnya sampai kat sini 
tapi ni kali pertama naik sampai atas 

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda pada (Julai 1784). 
Setahun kemudian pada 28 Januari 1785,
 Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya,
 Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang,
 telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja.
 Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. 
Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.