Saturday 13 October 2018

Malaysia Local Route (MLR) - Route A76 Lenggong

Bismillah 

Kali ni bercerita tentang route A76 Lenggong
first time kami nampak pitstop ni masa ride melalui Banjaran Titiwangsa August 2018
 tapi masa tu tak berkesempatan singgah sebab dah lewat petang dan hujan 
jadi kami kembali semula kesini dan bertemu owner pitstop A76 dan Riverine Nature Camp
Yeop dan Pak Li semasa awal September 2018

 lama kami lepak kat sini , 
kebetulan masa tu sahabat kami akan pulang dari Thailand melalui route tersebut
alang-alang kita tunggulah sambut kepulangan mereka 
dari 4.30 p.m sampai 7.30 mlm ...
memang banyak info yang kami dapat dari Yeop dan Pak Li 
walaupun Lenggong cuma sebuah pekan kecil di daerah Hulu Perak 
tetapi daerah ini menjadi tarikan Pelancongan, Industri Desa, Produk Kraftangan, kepelbagaian makanan tradisi serta tempat makan yang menarik, 
Homestay, Chalet, Camp Site, Produk Eko Pelancongan, 
Agro Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian 
dan yang menjadi tarikan utama di Route A76 Lenggong
 adalah Produk Arkeo-Pelancongan nya
 yang sudah mendapat pengiktirafan UNESCO dari tahun 2012 lagi

 Kebetulan masa kami sampai K.Nor ni pun ada sama disana 
K.Nor ni overlander jauh dah berjalan....
kita tak mampu nak follow dapat snap gambar same pun 
terima kasih banyak dah ..hihihi 

berbalik kepada Route A76 Lenggong 
PITSTOP A76 LENGGONG dan RIVERINE NATURE CAMP di Negeri Perak
adalah founder kepada KONSEP MALAYSIA LOCAL ROUTE DI MALAYSIA.
Bermula pada Nov 17 menggunakan SHIELD @ Perisai Jalan Raya MALAYSIA
 yang berbentuk enam segi sebagai bentuk asas sticker.
penjenamaan Route A76 Lenggong telah dirangka
dan menjadi branding baru di Daerah Kecil Lenggong
 berasaskan Route @ laluan @ Jalan raya yang merentasi Lenggong.
Re-branding ini bertujuan untuk menarik minat kumpulan Bikers, 4x4, basikal, traveller, back packer dan sesiapa juga yang menggunakan Route A76 Lenggong untuk singgah disini.

nak tahu lebih lanjut jemput baca di FB page Malaysia Local Route 

Untuk kali keduanya kami repeat dan singgah kat sini 
balik kampung Tn.John kat Parit , Perak dah tak jauh nak sampai sini 
jadi jomlah kita pergi makan kari rusa dan roti arab 
berpatutan sgt dengan harga dan rasa dia ...bukan senang nak makan kari rusa RM1 je uolss 
hanya di Route A76 lenggong 

close up sikit gambar dari FB

o.k jom jalan ke dalam sikit
 RIVERINE NATURE CAMP 
merupakan campsite yang terletak bersebelahan dengan sungai 
untuk pencinta alam semulajadi lokasi ini pasti menarik perhatian anda 


masa kami sampai di riverine baru lepas hujan ...jadi air tak kelihatan jernih 
kalau tak hujan air kat sini jernih dan memang best untuk bermandi-manda 
nak tengok gambar-gambar lain dan info lain jemputlah singgah di Facebook Riverine Nature Camp 
bukan sekadar aktiviti berkhemah dan mandi manda 
kat sini anda juga boleh merasai pengalaman makan didalam sungai 
sambil makan kaki sejuk-sejuk ikan langgar-langgar ...hahhaa 
amboi imaginasi awak kenmain lagi kan ... :P 

best kot ? tapi untuk tempahan makan dalam sungai kena datang ramai-ramai 
kalau tak ramai tak berbaloi lah Pak Li nak masak ... 

gambar dari FB Riverine Nature Camp 

ni gambar Tn.John sebelum aktiviti terjun dalam sungai 
 pantang dia ni nampak sungai nak-nak tengahari panas 

kawasan campsite 
kat sini khemah boleh sewa dari Pak Li atau bawa khemah sendiri 

Bilik mandi dan tandas yang disediakan 
Pelampung untuk disewakan 

ini gambar sebelum kami sampai di Pitstop A76 Lenggong 
kita akan melalui kawasan tasik ni sebelum sampai di Dataran Tasik Raban
dulu ini merupakan main road tapi sejak siap jalan baru ,
kalau nak kesini selepas Jambatan Raja Muda Nazrin belok sebelah kiri 

cantik kan tasik ni 
dengan view bukit, hijau memang the best combination 

lokasi makan tengahari kami 
repeat kali ke-2 Restoran Teringat Lenggong 
hadoi sungguh! memang teringat ...hahha 
walaupun beratur hampir 45 minit ...tapi tetap teringat ? cemana tu ? 

ni lah sebab teringat tu ...makan masakan kampung tepi tasik 
terus jadi 2x sedap .....dan untuk satu set hidangan ni hanya RM20
kenyang sampai ke malam 



sambil makan ditiup angin tasik 
kalau tengahari tu panas lah sikit
sambil makan masak lomak ikan pedas tu......ambil ulam cicah pulak dengan sambal 
campur sekali pekasam power tu perghh memang terbaik 'abaq anggg'
tak sempat lah nak #flipshawl :p
hoishhh lap-lap peluh makan...
masa ni mak mertua lalu pun tak perasan punya ..haha 


haipp...baca je...jangan telan ailio ye ...hihihi 
kepada yang nak singgah ..alamat kedai seperti berikut

Teringat Lenggong 
Kawasan Rehat & Rawat Tasek Raban,
 Kampung Kuala Chegar,
 33030 Lenggong, Perak

10 pagi - 11 malam

walaupun Lenggong ni tidak lah asing bagi saya
melihat usaha murni Yeop dan Pak Li membangunkan daerah kecil ini kagum rasanya
hampir 18 tahun lalu ketika berulang alik dari Beruas ke Gerik
kerana belajar di SM Teknik Gerik.... Lenggong cuma pekan kecil yang terpinggir
sekadar laluan dan jauh beza dengan Lenggong sekarang!
Tahniah semoga usaha sebegini berterusan hendaknya
selain menjadi tumpuan , dapat juga membantu penduduk setempat
dalam mempromosi hasil produk tempatan...

Selamat Maju Jaya!



Sekian 

No comments:

Post a Comment