Thursday 4 November 2021

Tempat Menarik di Lenggong World Heritage Part I

Bismillah  


Lama tak berborak di Blog ni kalau ikutkan banyak benda yang nak di coretkan 
dan simpan sebagai memory kat sini 

walaupun ni cerita Disember 2020

baru hari ni ada masa nak update....tapi harap masih berguna buat rujukan kalau ada plan nak bercuti di Lenggong, Perak 

Perjalanan bermula di Muzium Arkeologi, Lembang Lenggong 

1. Muzium Arkeologi, Lembah Lenggong

disini terdapat pelbagai monumen sejarah yang boleh dilihat
diantaranya seperti gambar diatas, replika Perak Man

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.

Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.


2. Debu Larva Gunung Berapi Toba di Lenggong, Perak




Letusan Gunung Berapi Toba Indonesia berlaku pada sekitar 740,000 tahun dahulu. Dikatakan debunya berterbangan menggelapkan dunia selama dua minggu meliputi seluruh lautan Hindi, Selatan India dan Asia Tenggara termasuklah di Lenggong.
Longgokan debu larva ini dapat dikesan di Bukit Sapi. Ketebalannya dari 7-10 meter dan bertaburan sekitar 70 Km persegi. Ianya berbentuk seperti batu dan tanah berwarna keputihan dan kelabu cerah. Bencana ini berkemungkinan telah mengakibatkan kepupusan zaman pra sejarah di Kota Tampan.
Letupan gunung berapi yang dianggap paling dahsyat sekali ini telah membentuk sebuah tasik gunung berapi yang paling besar sekali di dunia iaitu Danau Toba. Ianya telah menjadi icon dan destinasi pelancongan popular di sana.




Dipenuhi dengan material keputihan yang dikenali sebagai batu, tanah putih atau batu bedak.

3. Keunikan gua-gua yangterdapat di Lenggong, Perak

Antara tarikan yang memang umum diketahui Lembah Lenggong terdapat banyak gua² unik yg mempunyai kelainan nya yang tersendiri.
Alhamdulillah sempat juga kami kunjungi dua buah gua dan melihat dan mencuba sendiri menganyam tikar mengkuang....Seni ini kian lupus jika generasi sekarang tidak menyambung warisan seni seperti ini...

Gua Kajang
Gua Gunung runtuh
Bukit Kepala Gajah






4. Tapak Batu Suviet, Bukit Bunuh Lenggong 





Tahukah anda telah berlaku Kiamat kecil sebanyak 2 kali di Lembah Lenggong apabila Meteorit dikatakan pernah jatuh dan menghentam bumi Perak di Lenggong pada satu ketika dahulu kira-kira 1.83 juta tahun dahulu didalam radius 50KM persegi.
Dan Kiamat kecil kedua berlaku pada 74 ribu tahun apabila Debu Toba yang meletus sehingga ke Lenggong dan meninggalkan kesan debu Toba di Lenggong yang diceritakan tadi.
Ini adalah salah satu tapak batu² suevite yang terletak di Bukit Bunuh, Lenggong.
(Kiamat kecil yg dimaksudkan itu adalah kerana kesan daripada kedua² tragedi ini mengakibatkan hidupan di kawasan tersebut musnah sama sekali)


5. Panorama Indah sepanjang perjalanan





Panorama yang indah seperti ini dapat dirakamkan disepanjang perjalanan di sana 
dihiasi gunung dan bukit dari Banjaran titiwangsa 

apa yang disajikan disana memang menakjubkan 
jika anda perlukan guide semasa disana 
jangan risau cuba hubungi 


Inshaallah seribu satu pengalaman indah buat anda disana!













No comments:

Post a Comment