Wednesday 17 November 2021

Menjejaki Jeti Beting Beras Basah, Bagan Datuk .

Bismillah ....

Macam biasa kami gerak awal pagi dari rumah 
saja nak jalan-jalan dekat Bagan Datuk 
pastu naik LC je kan sure la x laju mana pun 
kita enjoy je la ride man...man yg penting sampai 
Kami singgah breakfast dulu 
antara nasi lemak yang best ! 
Nasi lemak Paru dan ayam goreng dia memang pilihan kami 
tapi nasi lemak yang buat sedap tu sure la sambal dia 


Nasi Lemak Kak Leha
45500 Tanjung Karang, Selangor

Lokasi dia sebelah Petronas Tanjung Karang 
kalau weekend memang full aje



jarak x lah jauh mana kurang dari 200KM 
pergi balik 400KM cukuplah sehari perjalanan 



sempat jugak kami singgah di sini 
Pasar Jerami Ban Kenal 
kami lalu ikut jalan dalam , Jalan Terusan Utama 
xde lah sesak dan boleh layan view sawah padi dan terusan sungai 

JERAMI BAN KENAL
Jalan Terusan Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor


jalan lagi sampai lah kami dekat Bagan Datuk, Perak 





Jeti Bagan Datuk
36100 Bagan Datuk, Perak


Dah pusing-pusing pekan Bagan Datuk 
kita makan tengahari dulu 
then baru sambung perjalanan lagi 
cantik ya pekan Bagan Datuk sekarang 



singgah makan kat sini... kari dia padu
nak power kena makan kepala Ikan 
tapi kami x berapa nak lapar lagi just nak rasa kepaduan Kari dia je 

Kari Manaf Bagan Datoh
 36100 Bagan Datuk, Perak



Jeti Beting Beras Basah
36100 Bagan Datuk, Perak


Lokasi yang dituju-tuju 
Jeti Beting Beras Basah 
memang terasa masa melangkah ke dalam kawasan ni 
dengan monyet memandang kenmain gengster 
sis x ambik gambar Hp simpan hahahha takut monyet curik 
seram heh 

kami x lama pun kat sini 
xde orang lain masa kami sampai .....jadi terasa seram sejuk pulak ayuh lah kita 
jangan main-main ye...tempat ni macam ada ritual nya .... 


Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Hilir Perak. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak.

Di zaman munculnya Kerajaan Beruas dan Manjung terdapat juga beberapa daerah di Perak yang memerintah secara persendirian. Di Temong misalnya terdapat seorang perempuan yang dikenali sebagai Tok Temong dan di Hulu Perak terdapat seorang lelaki bernama Tun Saban anak Bendahara Tun Perak Melaka. Begitulah keadaannya sebelum wujud kesultanan Perak.

Kesultanan Perak bermula pada kurun ke-16, apabila putera kedua Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir, setelah Negeri Melaka dikalahkan oleh Portugis pada T.M 1511 dilantik menjadi Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528. Putera tersebut bernama Raja Mudzaffar Shah. Menurut cerita lisan yang diperolehi daripada Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Alallah Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-33. Orang-orang Perak telah menyuruh Tun Saban menjemput Raja Mudzaffar untuk dirajakan di Perak. Waktu bakal Sultan ini mudik Sungai Perak, bahtera kenaikan Baginda telah tersangkut di Beting Beras Basah yang terletak di Kuala Sungai Perak. Raja Mudzaffar telah berseru:

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Selepas seruan Baginda diucapkan. bahtera kenaikan Baginda itu bergerak, dan Orang-orang Besar dan beribu-ribu rakyat Negeri Perak yang menyambut Baginda menyebut "Daulat Tuanku" tiga kali berturut-turut. Kemudian Baginda diarak mudik Sungai Perak hingga ke tempat yang bernama Tanah Abang dan disitulah Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama.


dah tengahari kita pun gerak la balik 
lalu dekat replika menara condong teluk intan ni ha 
okay jom stop ambik gambar hihi 



dah masuk ke Sungai Besar 
dengan cuaca super panas 
burn muka kakak awak ni haaaa adeh :P 



Laman Tebu Aidil
Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor 

jomlah singgah minum dulu 
kami singgah port santai ni 
sejuk je ditiup angin sambil menikmati air tebu dan semangkuk laksa 


sekian 

No comments:

Post a Comment