Monday 15 November 2021

Surau Langgar Rindu, Kampung Rhu Tapai

Bismillah 

 Surau Langgar Rindu
 3685, Kampung Rhu Tapai, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu



Subhanallah cantik dan unik kan binaan surau ni 
terletak di tepi jalan dan mudah untuk di kunjungi ...
Surau buatan kayu ni merupakan sebuah surau persendirian 






Surau kayu dinamakan Langgar Rindu di Kampung Rhu Tapai, Merang hasil keringat dan kudrat tulang empat kerat dibina untuk diabadikan sebagai rumah ibadat bagi komuniti setempat serta persinggahan bagi mereka yang bermusafir untuk menunaikan solat.



Surau berukuran 1,064 kaki persegi milik penggiat seni, Abdul Karim Embong, 60, yang dipasak dan disambung menggunakan skru itu menjadikan kayu pokok tembesu terbuang serta kayu cengal hasil sumbangan orang ramai sebagai bahan binaan asas.

Lebih menakjubkan, kerja-kerja pembinaan surau yang dibina tanpa sebarang lakaran pelan itu bermula sejak Mac 2014 dam kini sudah 70 peratus siap.



Menceritakan permulaan dan motif pembinaan “Langgar Rindu”, Abdul Karim berkata ia adalah lambang cinta seorang hamba kepada penciptaNYA dan “Langgar Rindu” juga adalah satu persembahan puisi nyata bagi menzahirkan kekaguman terhadap kehebatan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment