Friday 5 November 2021

Tempat Menarik di Lenggong World Heritage Part II


Bismillah .... 

Okay jom sambung cerita jalan-jalan kami di Lenggong Perak Part II 
setahun berlalu kami akan repeat dan repeat sebab macam banyak benda boleh explore kat sana 
bukan sekadar book hotel , mandi kolam dan lepak saja .. :) 
Sejarah Tragedi 13 Mei 1952 : Peperangan antara penduduk Kampung Bukit Sapi dan Komunis.



Telaga Belerang Tertua di Perak 


Air Telaga ini dikatakan telah berusia lebih 200 tahun 
Air telaga ini warna kebiruan, panas suam di waktu pagi dan dingin di tengahari. Paras airnya pula lebih tinggi dari air yang mengalir di kawasan berlembah di sekelilingnya.
Kadang2 telaga ini mengeluarkan gelembung bueh dan bila ada gunung berapi di Sumatera atau Jawa yang meletup, bau belerang akan bertambah lagi kuat baunya.
Kebaikan air telaga ini, sesiapa yang kerap menggunakan airnya tidak terkena penyakit kulit dan awet muda.



Yang terbaru, kawasan ini telah pun dijaga dan dibina tapak yang lebih selamat dan mudah di jejaki 
masa kami sampai ni masih belum ada sebarang pembaikan 
pacat kome... hihihi tapi xde la gigit saya :) 

Melihat dan merasai pengalaman menganyam tikar mengkuang 

Anyaman tikar mengkuang
 (corak papan catur)

Terima kasih Pak Lang dan Mak Lang melayan kunjungan kami...semoga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki buat Pak Lang dan Mak Lang Aamin Ya Rabbal alamin.....

Kampung Chepor, Lenggong

Merupakan sebuah perkampungan tradisional, iaitu Kampung Chepor, Lenggong, Perak yang sarat dengan kisah sejarah.
kampung yang terletak di antara Sungai Perak dan Banjaran Titiwangsa ini juga kaya dengan tarikan pelancongan dan ada keunikan tersendiri.


Bagi yang sukakan keindahan alam dan ketengan 
kawasan Jeti Kampung Chepor ini memang mendamaikan 
ditiup angin sungai ....memang mengasyikkan 

MASJID Raja yang berusia 480 tahun masih utuh sehingga sekarang


Mengikut sejarah, kampung itu diteroka oleh dua beradik, iaitu Tun Saban dan Tun Puteh. Mereka adalah anak kepada Bendahara Melaka, Tun Perak.
Dua beradik ini membina masjid yang pertama di kampung itu, pada 1539, iaitu dikenali sebagai Masjid Raja yang siap sepenuhnya pada 1541.
Masjid Raja kini berusia 480 tahun dibina pada zaman Sultan Perak 1, Sultan Muzzaffar Shah 1, masih kukuh bangunannya selepas tiga kali dibaik pulih.

Sultan Muzzaffar Shah 1 adalah salah seorang putera Sultan Mahmud Shah yang berundur selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis dan ditabal sebagai Sultan di Kampar, Indonesia.
Kisah pembinaan masjid itu ada nilai sejarahnya membabitkan Kerajaan Islam Melaka dan permulaan Kerajaan Perak yang menarik dikunjungi dan ditelusuri kronologinya.

Binaan masjid bercirikan reka bentuk Melayu, Riau, Sumatra, Minangkabau, Deli dan Langkap masih utuh di sebelah Masjid al-Rahmaniah yang digunakan sehingga sekarang ini.


Untuk mendapatkan informasi dan lokasi lain yang menarik di Lenggong 
jangan bimbang hubungi Lenggong local guide... 
mereka akan membantu anda dan anda pasti berpuas hati! 





No comments:

Post a Comment