Bismillah.....
Sometimes it's the journey that teaches you a lot about your destination
pernah ada seseorang cakap pada kami....jadilah pengembara daripada jadi pelancong ..
eh apa pulak bezanya pelancong dan pengembara? lebih kurang je kan ?
jadi beza dia ni pandangan i je mungkin definisi tu berbeza bagi setiap orang
setiap orang tu kan dilahirkan berbeza ...
for me bila sebut pengembara
kita explore satu tempat tu bukan setakat jalan kat tempat yang famous2
lokasi pelancongan semata-mata...
kita juga berjumpa dengan local people so akan dapat lebih info ...
Malam 24 Jan 2020 tu tiba-tiba Tn John dapat whatsaap
dari sape? salah seorang kawan yang kami jumpa masa ride
juga pasangan Rider.... first time kami jumpa kat Tangkak ...alhamdulillah jadi kawan
dari sape? salah seorang kawan yang kami jumpa masa ride
juga pasangan Rider.... first time kami jumpa kat Tangkak ...alhamdulillah jadi kawan
Dr Mahathir dan wife Irni ...such a sweet couple
Mahathir ajak kami breakfast sama pagi tu
jadi lokasi yang di pilih di Route K143, Kuala Kedah
alamat seperti dibawah
Kak Yang Gulai Temenung
Jalan Marina Harbour, 06600 Kuala Kedah, Kedah
Jalan Marina Harbour, 06600 Kuala Kedah, Kedah
gais... kalau ke Kuala Kedah wajib cuba ni ...memang sedap ..serius tak tipu punya... hihi
Gulai ikan termenung tu dengan ikan fresh baru naik dan adunan rempah kari yang memang padu!
tiap kali ke Kedah rasa tak lengkap kalau x singgah makan kat sini
untuk keselesaan cuba lah sampai awal sebab kalau lambat ramai
nanti penuh susah nak duduk dan makan
kami sampai sini pukul 7.30 pagi ..ohya orang utara biasa makan berat pagi-pagi
sis memang mak ayah asal utara...setakat makan nasi kuah gulai pagi-pagi tu perkara biasa haha
itu pasal sis susah nak buat intermitten fasting ....pagi lagi dah lapaq
see reason okay! orang nak berjaya sepatutnya avoid alasan..hikss....
Tn John ni low profile
dia memang kurang gemar sebenarnya letak muka dia kat sini..tu salah satu yang kadang membantutkan sis nak update blog... haha nak kena tukar gambar dia.... kalau x letak langsung
x best pula rasanya sbb gambar yang okay ada dia sekali kat situ ....
contoh gambar ni kat Keriang Hill
sis xde snap gambar sendiri kat sini ...so tepek la gambar dia kan
mengenangkan bila la benda alah Covid 19 ni nak berakhir ? dah 2021 dah ni ... dah lama 19 tu ditinggalkan ...tapi kenapa Covid tu follow lagi .... bosan la macam ni :(
lepas makan Mahathir dan Irnin bawa kami jalan2 dekat area Marina
nampak building ni...unik jadi ni last gambar kami sesame ....anyway Thanks Mahathir dan Irni
semoga kalian berdua sentiasa berbahagia dan
dimurahkan rezeki juga sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t
"Sendirian berarti kamu menjauhi teman yang buruk. Tapi, memiliki teman yang baik itu lebih baik daripada sendirian". –Umar bin Khattab
sekian .....
wah sambil bonceng, sambil jalan-jalan cari makan, sambil bole tgk tempat orang, nampak sonok.... tapi kita takut naik moto hehehe...
ReplyDeleteFirst time singgah. Selamat berkenalan :)
ReplyDeletewaduhhh syok nyaaa... rs x sabar nk tggu rentas negeri dibuka
ReplyDeletebestnya jalan-jalan naik motor :)
ReplyDelete