Bismillah
Hari ke dua di Kota Baru, Kelantan
bangun seawal subuh dan terus bersiap-siap
kami berdua jenis yang morning person
memang tak ada masalah sangat nak siap awal ni
turun ke lobi hotel pun masih lengang
xde orang ..haha jmlah ambil sekeping gambar kenangan kat sini
chandelier dia lawo ..haha
jarak dari hotel tak jauh pun
dalam 2 KM je... tengok dekat website kedai ni buka awal
6.00 pagi - 2.00 petang
apa lagi MOH ler kome kita pergi
sampai awal harap tak lah ramai orang
Kopitiam Kita
Jalan Sri Cemerlang,
Taman Desa Jasa, 15400
Kota Bharu, Kelantan
kami sampai dalam 6.40 pagi..memang masih gelap dan tak ramai orang
tak ramai tetapi dah ada orang lain yang lebih awal wow tak ?
hahahha
sampai je terus order roti titab ni
famous kan haruslah kena cuba
pilih yang special..haha ada dua telur dia
sebelum ni pernah makan roti macam ni dekat Semangkuk
tapi yang ni best lagi sebab kaya dia tu sedap !
ni bukan gambar saya
gambar google.. hihi sebab say anak bagitahu kalau nak makan nasi pelbagai jenis, kuih , sate
dan macam-macam lagi pilih kat sini ye
tuha ada harga sekali
dah order roti telur , nasi berlauk
Tn.john tambah lagi ...hahahha
x cukup seronok ada macam-macam makanan katanya
tu sate dan pulut pagi
Akok RM2.50
Pulut Pagi dan Nasi Tumpang
Ni rupa Nasi Tumpang ye kawan-kawan hihi
dia tumpang sorang sikit
nasi , kari udang dan serunding
shedaaapppp
lepas makan pusing sekali lagi dekat Istana Jahar
ambik gambar ngan motor pulak ..hahhaha
yela lepas ni tak tau bila lagi nak sampai sini
jauh kot nak ride sini kena hadap bukit tujuh liku bagai
kemudian kami gerak ke Pasar Siti Khadijah
ingat nak cari Miang Kham
pusing-pusing tak nampak pun uols
ke saya yang pusing laju sgt rambang mata tengok berjenis-jenis kuih
saya patah balik ke Motosikal Tn John pulak masuk
jalan-jalan cuci mata
pastu ikut family settle kan urusan diorang kejap
dalam pukul 11.50
kami balik ke hotel semula
bersiap kemas dan check out
urusan kat sana belum selesai kita sambung sampai petang baru settle
fuhhhhh
jadi kami kena extend masa nak balik KL hari ahad tu ?
memang tak mungkin lah nak balik
jauh kome penat.... dah petang nak bertolak tu memang x cukup kental
tak pe kita sambung semalam lagi kat Kuala Terengganu
tak payah nak strees2 letssss cuti ...enjoyy hahhaha
maafkan saya boss
;)
sekian
roti titab..nasi tumpang..meme menu glamer kelate :-)
ReplyDelete