Bismillah...
salah satu tujuan kami ride jauh ke selatan ni sebab nak singgah kat sini
Penyabong Warisan Resort
nak stay sini sebenarnya tapi full :(
tak dapat stay kita tetap nak jalan -jalan kat sini :)
9-10 Disember 2018
hari kedua perjalanan kami akan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam nampaknya
termasuk berhenti rest makan dan isi minyak
macam biasa selepas subuh kami dah berkemas dah check out dari hotel
bak kata Tn.John view pagi-pagi tu semua bukan selalu kita nak dapat
lepas ni tak tau bila lagi nak sampai ..baiklah jom
kami menuju ke jalan Endau-Penyabong
jalan kampung, sejuk dan santai je
bertemu lagi dengan Cik U.....baru kena langgar kereta depan kami
nasib baik ...huhu belum mati masa ni masih bergerak2 sikit
xkenal ular ape ni ? color hijau
Alhamdulillah dah sampai
"Pn.Zab saya dah sampai resort kampung puannn"
terus send whatsaap beserta gambar ...hihihi
ni resort bos kat ofis tapi yela lambat bagitahu dia nak ke sana
tak dapat la nak menginap kat sini ...xpe yang penting sampai..hehe
kita jalan-jalan je xnak la susahkan sape2 kan ....
cantik betul resort ni ...
kalau nak booking call awal tau , kena sebulan sebelum
kalau tak mmg full kami datang ni pun Disember
musim cuti sekolah ..confirm la full
boleh singgah FB Penyabong Warisan Resort
kami bergerak lagi merentasi route AH18
nampak muara sungai eh? hahah nampak cantik kita ambil la video
bateri hp pun dah low kurang la gambarnya
terus melalui jalan pantai Mersing
Subhanallah best ...sejuk je angin laut
singgah sekejap tepi laut
lepak rehat-rehat sebelum bergerak lagi
selepas pekan Mersing tu
jalan hutan je awakkkk... hahah sepanjang jalan hutan kiri kanan
lalu jugak Felda Nitar
melalui Kahang dan sampai Keluang
ingat nak singgah keluang Rail Coffe tu
tapi Ya ampun penuh orang
mmg tak la nak tunggu lapar ni wak ...hihihi
xpelah dah orang ramai jomlah kita jalan lagi
kami singgah lagi kat Pirate Cafe abg Naza
makan kat situ lagi best , santai je sedap dan besar portion nya
kenyang Alhamdulillah
kami sampai kat rumah di KL dalam 7.15 malam
penat tapi puas hati
cuti pun masih berbaki
kemana kita ? hihi tunggu nantikan perjalanan seterusnya
sekian
No comments:
Post a Comment