Friday 19 October 2018

Ride ke Thai : Sadao,Thailand hari Pertama

Bismillah 

Perjalanan kali ni lain sikit dari yang biasa-biasa 
sebab nak ke oversea (thailand aje pun) ekekeke 
tapi haruslah persiapan tu kena lebih sikit 
dalam kesibukan kerja nak tak nak kakak navigator kena prepare semua 
first pergi settlekan passport 
yang ada passport tu jgn lupa cek passport valid lagi ke atau dah expired 
kemudian settlekan insurans 


 bercerita tentang insurans ni ...
kakak tak pandai pun tapi kakak nak share apa yang kakak faham 
agar bermanfaat juga buat kalian 
Insurans ni wajib beli bila nak masuk Thailand
Compulsory - WAJIB  
dan satu lagi Voluntary 

insuran ni boleh beli je kat tepi jalan masa otw nak masuk Thailand tu 
start dari Penang sampai la ke Changloon ada je tempat jual insuran
harga tak pasti ada yang serendah RM18, RM25 dan lain-lain 
insurans Compulsory ni kerajaan Thailand wajibkan 
ni untuk cover sebarang kemalangan yang berlaku kat sana 
tapi just cover warganegara Thai 
awak-awak orang Malaysia ni bayoooo sendiri kalau accident 
gitu ayat mudah kakak ye 

jadi untuk insurans yang cover awak, motosikal awak dan pillion awak 
beli lah insurans Voluntary 
memang harga dia mahal sikit banyak duit atau tak tu bukan isu ...
ambil la yang jangka masa pendek xlah mahal mana pun
nak berjalan kat negara orang kan ?
tak de duit jangan pergi , saving secukupnya
tak rugi kalau spend untuk cover diri sendiri kalau apa-apa berlaku
if nothing happens Alhamdulillah syukur 
kalau anything happens susah nanti ....malang tu tak de bau 
kalau ade bau senang dekat ada macam bau malang je boleh lari ke tempat lain kan ...

 even awak guna insurans voluntary pun 
if anything happens tetap lah susah dan kena dahulukan duit awak yee 
cume selepas insiden tu boleh la claim
 kalau pinjam ngan saudara mara, kawan atau rakyat Malaysia kat FB tu
boleh la bayar balik bila dapat tuntutan claim tersebut ..
jadi please extra careful kat negara orang 
x payah nak handal sangat pun xpe..yang penting selamat
huhu  

eh cerita banyak pun kakak tak reti aih.... ampa pi baca kat blog cikgu Joe Satun 
banyak info berguna kat sana.. kakak bukan overlander pun baru belajar jalan jauh sikit
bila-bila tapi tak janji kakak cerita pasal prosedur nak masuk tu serba ringkas 
ni kalau kakak cerita satu entry khas prosedur je, borang TM bagai tu 
sama je nak bawak motosikal atau kereta 

 8 September 2018 
mengikut plan asal kami nak masuk ke Thailand 9 September 2018
sebab sabtu mesti ramai orang kat border 
tapi ntah macammana Tn.John ajak gerak slow-slow sampai ke Bukit Kayu Hitam 
kalau sempat masuk petang kalau tak esok pagi-pagi 

jadi selepas hampir 2 jam nak settlekan hal kat kastam , imigresen bagai 
Alhamdulillah kami masuk ke Thailand jam 7.00 mlm 
 dah malam nak ambik gambar beria pun dah penat 
berkicap rasanya satu hari perjalanan
first thing yang kakak akan buat ialah pastikan hand phone berfungsi dengan baik 
kalau tak macammana kakak navigator nak jalankan tugas navigate jalan 
hihi  
kami stop beli simkad kat changloon 
tapi masa masuk ke Danok atau Sadao nama nya 
kakak singgah kedai ni untuk mintak tolong diorang settingkan phone 
i is tak faham kot ikut instruction kat simkad tu kena call satu nombor dan dengar instruction 
mana la kakak faham ntah soh picit satu ke dua ke hape 
so kat Sadao ni diorang pandai cakap melayu 
alhamdulillah mudah dia tolong set kan 

settle satu bab 
kemudian cari hotel 
kami jarang sgt ride malam ni bukan tak pernah 
pernah beberapa kali tapi cuba elakkan 
kami pilih hotel Grand Oliver semalam harga dalam 120 Thai bath 
naik ke hotel mandi rest kami keluar cari makan 
last makan tadi kat RNR Gurun kot 

 masa settlekan simkad tadi kakak dah jeling2 kedai ni 
Haaa mata cekap je bab nak makan penting tu kangg lapo kangg nak makan ape kan 

nampak dari jauh Ha lam alip lam tu 
bila Tn.John tanya nak makan apa kita malam ni 
laju je jawab ..xpe..xpe jom kita makan kat seberang jalan tu ada nampak tadi ..hahaha 
nampak tak permainan nya kat situ 

sambil jalan kaki dan lagi la snap sekeping dua gambar 
muke penat sebenarnya ...penat Q kat kastam tadi 
 masa sampai kat Restoran Rohana tu 
rasa macam-macam nak makan napsu sungguh laaaa 
oder siakap tiga rasa, tomyam, kailan ikan masin 
pastu nampak pulut ayam pun nak jugak  

 jadi oder satu set pulut ayam dan satu set mango sticky rice 
Ya ampun sedappp oii ...rasa dia meletup-letup dalam mulut 
mango sticky rice dia lemak, manis, masin semua complete 
patut la orang kata Thailand tempat cari makanan
sesudah subuh dari jendela hotel tempat kami bermalam 
hotel ni tak booking awal-awal sebab x plan pun nak bermalam kat Sadao 
tapi kami memang tak nak rushing 
nak rilek santai-santai je tak lari Krabi dikejar 
alang-alang datang kita nak enjoy apa yang ada kat tempat kita berhenti 

 pagi ada b'fast kat Hotel 
but still was-was nak makan yang kita yakini halal je makan 
ikut mata semua nak try ..hahha alah korang makan kat hotel pun camtu kan ? 
ambik tu sikit, ni sikit nak rasa 
pagi ni 9.09.18 sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, Thailand 
dari Sadao ke Hatyai tak jauh mana pun 
lebih kurang 44 KM satu jam perjalanan 

lepas ni saya akan share lokasi seterusnya Songkhla , Thailand 

Sekian 

No comments:

Post a Comment