Monday 22 October 2018

Ride ke Thai : Day 4 sampai ke Destinasi - Krabi, Thailand

Bismillah 

sambung hari ke empat kami di Thailand kapkunkap nakap 
hotel kakak dah book 2 hari memang nak cari hotel tepi laut katanya 
baiklah jadi Hotel yang menjadi pilihan hati ni lah dia 



 Aonang All Seasons Beach Resort
Ao Nang, Mueang Krabi District,
Krabi 81000, Thailand

harga pun o.k kita book 2 malam 
hotel ni seberang jalan Pantai Aonang 





ini rupa bilik yang kami inap selama 3 hari dua malam 
luas dan selesa 

dari jendela tingkap nampak swimming pool 
tapi kami pilih laut swimming pool kat KL pun ado..hihi 
 lepas dah mandi salin baju semua 
terus turun bawah jalan-jalan 
tak nak buang masa kat bilik....semua ni bukan percuma 
lepas ni tak tahu bila lagi ada peluang jejak kaki kat sini 
jom la kita jalan-jalan 


 lepak tepi laut layan sunset 
masa ni lepas hujan 
kami sampai dalam pukul 4.30 petang dan hujan mulai turun 
masa tu awan gelap sangat 
seram jugak kakak...tapi tak nak fikir bukan-bukan....hahahaha 
ni dah balik kakak sebutlah apa yang kakak fikir masa tu 
awan sangat gelap kakak takut tsunami 
kah..kah...kah ....yapeda penakut ... tapi xde la sebut masa tu 
buatnya masin mulut oiii nak balik Malaysia oiii :P 


 cuaca selepas hujan tak lah cantik 
sunset pun kurang kelihatan 
nampak suram dan pudar je 
kalau ada kanvas painting pun xde semangat nak lukis 
amboii kakak punya perumpamaan tu boleh faham ke idok? 
hihi 

nampak tu Abg Thoibbb a.k.a Tn.John a.k.a Husbaby :P 
dia malas nak layan kakak nak bergamborrr 
eh biarrr la ajak repeat nanti belum tentu nak kan ? 
ekekkeke

 dah habis matahari terbenam kami pergi makan kat kawasan luar Pantai sana 
kat area Masjid ada deretan kedai muslim 
kat sini senang nak cari kedai makan muslim 
jangan lah risau siap pakej pandai cakap melayu 



 kami sampai tuan kedai dah sapa dengan bahasa melayu 
dan kami dijamu dengan nenas manis ni 
sedap terima kasih tuan kedai 
kami oder makanan simple2 je tomyam, telur dadar 
alhamdulillah mengenyangkan untuk rezeki hari tu 

balik bilik sekejap keluar semula sebelah malam 
kali ni kami jalan-jalan kat Aonang Night Market 
kat sini kurang sangat benda menarik 
rasanya pasar malam ni tak besar mana pun 
ada makanan muslim 
tapi sayangnya bersebelahan dengan sate oikk..oikkk 
errrrrr mercik-mercik  minyak tu kang masuk dalam nasi biryani aiyoo
i is kenot ... 

jalan sekejap je dah penat pun 
kami balik ke bilik rest .....


sekian 

1 comment:

  1. Macam nak kena repeat ke Krabi ni.. last time 2015 kot..tapi drive la ..not ride.

    ReplyDelete