Tuesday 27 November 2018

Day 2 ATM Mega Gathering

Bismillah 

ATM Mega gathering 2018 berlangsung pada 19-20 Oktober 2018 
kami tak berkesempatan join dari awal 19 hb tu sebab kerja 
petang tu ada juga Tn.John sebut nak pergi 
dari rumah ke Kuala Selangor tu tak lah jauh sangat 
tapi cuaca tak mengizinkan ...hujan 

 jadi kami join untuk separuh hari kedua je 
jadilah kan dapat juga rasa pengalaman tu 
awal pagi lagi kami dah keluar dari rumah dan b'fast di Kuala selangor je

kami gerak terus ke Kompleks Sukan Kuala Selangor
tapi sayangnya mereka dah gerak sarapan pagi di Kedai Roti Canai warna-warni 
lokasi masa tu tak tau kat mana 
xpelah kita tunggu ke pitstop kedua di Taman Alam Bukit Melawati 
 Eh jumpa adik manis ni haaaa 
kesian dia sakit gigi masa ni tu yang tak follow konvoi pagi tu 
diorang dah semalaman berkhemah tido sini 
Adik manis couple rider ride Kapcai dari KL ke London 
kemudian ride lagi dari KL ke Russia ..hishhh Kental la korang 
salute la kami belum mampu lagi ...mampu kutip pengalaman orang je dulu 
yang sebelah lagi tu Ms.Caroline solo rider from London ke ASEAN Country kalau tak silap 
kakak tak la borak sgt dengan dia .... my english is broken..hahahhaha 

 masa ni semua tengah sibuk bergambar dekat 0KM FT 5 ni 
kita snap dari jauh jelah ..


ni kali kedua jumpa K.Nor 
first time jumpa kat A76 Lenggong 
yang buat Tn.John nak jugak join ATM Mega Gathering ni pun bermula dekat A76 juga 
masa kami singgah sana petang tu selain berjumpa K.Nor 
kami jumpa ramai lagi ...jumpa Cikgu Din dan Abi Khalid 
masa ni lah Abi ada ajak join Mega Gathering ni 
kalau tanya dia pun sure dia pun tak ingat ehh bila dia ngajak nye kan ..ekekeke
segan tu memang lah ada ramai overlander kat sana.... kami ni? ..... alahaiiii 
bagaikan semut hitam diatas batu hitam makan kicap dikala malam gelap je ...hahaha 
 kenmain perumpamaan kakak navigator harap faham la ..tak faham jangan google 
sebab google pun tak belajar lagi perumpamaan kakak ni ... :P 

 masa ni sesi registration nak masuk ke Taman Alam Bukit Melawati 

 yeah tambah satu lagi koleksi sticker 




lepas settle jalan-jalan dekat Taman Alam tu kami gerak lagi ke satu lokasi ni 

 i love art .... jadi kakak suka tempat ni 
creative nye lah hai orang yang bina kawasan ni 
rasanya banyak bahan-bahan terbuang yang digunakan ...unik arca-arca yang dihasilkan 

tengok ikan buntal ni ...comel kan ? dengan muncung dia tu 
kalau nak singgah alamat galeri ni 

Sasaran Art Gallery 
Kuala Selangor B104,
 Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 
45800 Jeram, Selangor

tepi jalan je simpang lepas jambatan pendek 

lepas tu kami terus ke Kedai cendol 
Cendol kat sini terbaik sedap dan unik kot 
tengok gambar ni pun menarik kan ? 

selain makan cendol kami makan laksa jugak 
Laksa terbaik boboboi ....sedap ikan dia terasa 

nak try ni alamatnya 

Cendol Station Santan Sawit 
Jln Mawar, Kampung Bukit Kuching, 
45600 Jeram, Selangor

selepas makan cendol dan laksa 
kami semua bersurai disini ...Alhamdulillah atas sebuah pengalaman ini .. 

sekian 

No comments:

Post a Comment