Bismillah
Kejadian ni berlaku 10 Nov 2018
bertolak awal pagi dari rumah dan jalan santai-santai je
100km/j jerrr....
yang bestnya jalan ngan Tn.John ni dia bawa motosikal tak laju ...hihi
so i tak takut ...hahahha terus i hilang kakak nya hahahha
kata tn.John apa nak laju-laju xde apa yang nak dikejarkan
kalau jalan biasa-biasa had laju kebangsaan kita dapat tengok view sepanjang jalan
if anything happens kat depan masih dalam jarak selamat
nak brake ke nak elak ke...kita bukan nak ride hari tu je ...gitu
nak ambil video ke apa masih selamat lagi
xde la hand-phone/camera sampai nak terbang-terbang gitu
kalau ada motosikal lain nak potong sila kan lah ....
kakak tak marah ...
xde nak rasa malu ke apa ...."malu apa boss ku?" tiberrr ...hahaha
biarlah nak cakap naik moto besar tapi moto cup boleh potong
ehh ada masalah ke ? sebab pilihan kat tangan kita
nak laju ke nak slow kan ?
kami lalu jalan LEKAS exit Batang Benar
singgah makan kat Restoran Semangkuk tu
ni kakak punya semangkuk mee
Tn.John makan x ikut tema ...sebab dia makan Sepinggan masi lemak ...hahha yapeda
Restoran Semangkuk
Batang Benar
Jalan Pajam - Nilai - Salak,
Kawasan Perindustrian Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
pernah makan beberapa kali kat sini ....
dah alang-alang lalu dan perut pun dah berdangdut kita singgah la
dari Batang Benar tu ikut jalan dalam je ...Pilah bagai tu sampai la Pekan Jelebu ...
view bukit hutan sojukk je ghaso
kalau tak selalu dengar lagu je kejolobak-jejolobu tu je
tuai padi tiga tangkai
kalo kono komat jolobu
tak mati badan beghasai
Gurindam dulu-dulu jangan ponah dipetikai
tak tahu tanya dulu jangan goma memandai-mandai
eh kakak nak cerita bukan nak nyanyi..maafkan saiyyaaa hahaha
sampai je pekan jolobu tu akan nampak la menara jam ni
haruslah singgah ambik gambar
lepas ni ntah bila nak sampai sini
saje-saje nak datang tu payah la kan
macam biasa la kakak blogger a.k.a kakak navigator je yang rajin snap gambar
Tn.John nk kena mintak ambik kan gambo baru laaaahhh ...hihi
tapi memang gitu so kakak o.k je
Jelebu Bumi Beradat !
Lokasi Route 86 Jelebu ni
navigate je
Hotel Sri Klawang
Jalan Simpang Pertang,
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan
yee route ni ada kat dalam kawasan hotel ni
jangan malu segan jemput la masuk ...hihi
kat situ ada disediakan B'fast secara buffet RM6.00 makan la apa pun
repeat pun tak pe selagi ada ----> tu owner la bgtahu masa kami sampai
sekarang i dunno still same or not
tapi boleh juga order menu lain kalau nak
memandangkan tadi kami dah makan kat Semangkuk tu
jadi xnak la makan banyak kami oder la roti bakar telur goyang ni
repeat pun tak pe selagi ada ----> tu owner la bgtahu masa kami sampai
sekarang i dunno still same or not
tapi boleh juga order menu lain kalau nak
memandangkan tadi kami dah makan kat Semangkuk tu
jadi xnak la makan banyak kami oder la roti bakar telur goyang ni
masa kami sampai bukan je dilayan super baik oleh Owner route ni
En.Zul yang jaga route ni pun baik sgt
dannnnn
kucingggg ni alololo comelnya dia meh temam kakak makan mehhh
adoi lebar nye kakak...hahha ni semua sebab semangkuk mee yg sedap tu rasanya hihi
nasib lah nak tunggu ramping xde la gambar kakak navigator ni
rugiii la kan ...so biarkan lah gemuk itu disitu
ni En.Zul kalau sampai kat route 86 En.Zul lah yang akan layan anda
Owner route yang gambar first kat atas ...
Terima kasih Datuk atas layanan baik kpd kami
terima kasih banyak ...
lepas kami bergambar bukan setakat tu je
En.Zul ni bagus sungguh ...dia bawa kami jalan-jalan kat sekitar Jelebu ni
ni la fungsi MLR ....bukan setakat ambil untung buka kedai (pitstop)
tapi dalam masa sama memperkenalkan lagi apa yang ada di lokasi tersebut
terutamanya kawasan perlancongan dan produk tempatan
Terbaik!!!
Jadi En.Zul bawa kami ke Rumah cantik ini
lokasi kat Kampung Gagu
Kuala Klawang,
Negeri Sembilan, Malaysia
"Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti yang kini telah dipindahkan ke Kampung Gagu, Jelebu, merupakan sebuah rumah orang besar suatu ketika yang lalu pada tahun 1884. Ia telah dipindah dan dibina secara asal nya dan juga kayu aslinya yang masih kuat hingga sekarang, dan semasa proses itu terdapat sebuah syiling dijumpai bawah rumah itu di tempat asalnya yang menunjukkan usia rumah itu, kerana pada masa itu belum wujud lagi 'sale agreement'.
Saya amat kagum dengan rumah tersebut. Jarang kita dapat melihat sebuah rumah gadang Minangkabau yang dua tingkat. Rumah tersebut juga dibina tanpa menggunakan paku, maka betapa hebat orang Melayu dulu2.
Rumah ini sekarang menghadap ke sawah padi dan kolam ikan, satu pemandangan yang cukup indah. Jika ada masa, pergi la melawat kampungku, dan lihat keindahannya dengan mata sendiri."
dipetik dari blog Kampung Gagu
cantiknya rumah macam ni
biasa je lalu tengok rumah orang
dapat tengok jela nak singgah ambil gambar 'ape ke heyyyy nye yong ? ghomah oghang'
kan ...haha jadi ada peluang ni jomlah petik gambar banyak2 buat simpanan
terasa macam tak nak balik pun ada ...kes berat ni ..hahha
cantik kot, sejuk! tenang !
depan sawah padi, kolam belakang ada sungai kecik camni
apa nak lagi ? kalau petang-petang lepak bawah rumah
minum coffee cicah biskut mayat ke cream cracker ke
perghhhhh ...o.k berangan is free byeee...hahaha
Seterusnya En.Zul cadangkan kami cuba air akar kayu warisan
jadi kami pun cari lah kat mana
jalan dia ke dalam sikit
jumpa pak cik tu baru nak buka kedai
xpe la kami nak singgah minum je
nilah rupa air akar kayu Warisan tu
rupe macam Teh O
tapi rasa dia o.k je bau macam sarsi sikit , ada letak akar kayu sarsi kot
rasa dia tak pahit , kelat pedor-pedor sikit
minum masa panas..perghhh fresh
kami dedua minum sorang satu cawan
pastu Pak cik tu baikkk nye la hai
kenapa orang Jelebu baik-baik sangat ni? hihi
Pak cik tu belanja Air Akar Kayu Special untuk lelaki je katanya
jadi tn.John la minum ....habis dia minum rasa o.k la tu
murah je air nya kome RM 2 je secawan
Pak cik ni unik tau korang
masa mula tengok Tn.John ada cakap rasanya Pak cik ni Askar
badan dia macam orang muda walaupun umur mungkin 60 camtu
nampak sihat cergas masih masuk hutan cari akar kayu
Pak Cik ni ada bela angsa yang baik! dengar cakap ...haha
kakak takut angsa benerrrnya takut kena sudu
tapi pakcik tu cakap ...xperrr...dia manja amboiii dierr siap naik atas riba ..
kenmain ni...sayangnya kakak eksaited lupa nak snap gambar hahhah
cerita jela mampu

pastu Pakcik tu bawa kami tengok kelulut yang dia bela
ada dua jenis..yang garang ngan yang sopan sikit
tengok la sarang dan bilik-bilik kat dalam kotak kelulut tu
masa tengah tengok kelulut ni la Bob ngan Aishah sampai
jadi duduk la minum dan dengar pak cik tu sembang
Pak cik tu rupanya 2 comando
pernah bertugas kat Indonesia dan balik semula ke Malaysia
patutlah kan ..... saya doakan perniagaan Pakcik bertambah maju
amin ...Inshaallah ada rezeki jumpa lagi
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment