Saturday, 26 January 2019

Restoran Capati Corner, Tanjung Malim

Bismillah 

dah lama juga ajak Tn.John makan kat sini 
tapi tak pernah nak bawak nya 
tapi kali ni berjaya ajak ...hihi 




kami bertolak dari Batang kali, tak lah jauh sangat 
keluar awal pagi dan singgah makan mee kari kat bidor ni ha 
tapi ramai orang kami makan kedai sebelah 
tak makan mee kari pun 
makan nasi lemak dan roti bakar je 

alamat kedai nya
Mee Kari Ramli Bidor 
Jalan Bruseh, 35500 
Bidor, Negeri Perak

kebetulan masa tu ada bikers lain singgah ramai pulak tu
jadi kakak snap la gambar sekeping

kami singgah makan tadi tu sebab Tn.John kurang gemar sikit Cheese Nan
tu dia makan siap2, kami teruskan perjalanan untuk rasa Cheese Nan yang viral katanya tu

 alamat

Capati Corner@cheese nan viral 
Kampung Pasir, 
 35300 Temoh, Perak

masa kami sampai tu ramai juga pengunjung kedai viral ni 
tapikan .....kat kedai ni ko kena layan diri tau 
dia takkan datang ambil oder makan dan minum 
kena la pergi beratur oder dan ambil roti ke air ke 
taukey dia pakistan rasanya ...dia just duduk kat kaunter bayaran 

cheese dia...pergh tebal juga
tapikan kakak suka lagi cheese nan RSMY yang kat KL tu 
yang tu lagi sedap ...ini kami beli sekeping share je 
makan banyak muak sikit 
tapi lain orang lain cita rasa dia ....kalau nak tau sila la singgah cuba o.k 

lepas makan kami jalan-jalan kat area situ 
jumpa sungai ni 
waaaaaa....apa lagi cari port melepak tepi sungai 

tengahari panas-panas jumpa sungai haruslah Tn.John tu nak turun ke sungai 
tak mandi dapat basah2 kaki pun dah o.k dah 

eh..ada orang main water rafting bestnyaaaaaa 
layan lah tengok diorang mandi-manda 
air pun boleh tahan lajunya 

tu je nak cerita kali ni ...bye 

sekian 

No comments:

Post a Comment