Wednesday, 4 April 2018

Cameron Highland


Bismillah 

ni sambungan selepas First Gathering VX 250 kat Lumut tu 
Nak baca kat entry ni ---> TTS Lumut 

setelah semua bersurai pulang ke destinasi masing-masing 
kami ajak Aishah ngan Bob lepak sehari lagi kt rumah hinggap fav kami..hahha 
kenmain ko Rumah hinggap kau ingat kau burung Enggang hinggap sana hinggap sini 
tapi tempat tu memang kami suka 
sebab kedamaian nya ...x sibuk, tempat makan pun best 
 sekarang rumah ni dah upgrade harga pun boleh tahan pitam 
jadi jarang lah kami hinggap sini lagi 




perjalanan bermula seawal pagi 
selepas sarapan lepas kemas barang semua kami gerak 
sorry bob n aishah kalau terpaksa gerak awal pagi 
bayar hotel sampai tenghari kan ? huhu
tapi nak gerak ke Cameron tu jauh kome nak tak nak kena gerak awal 
sebab pergi balik hari je ni 


 sebelum gerak simpan gambar dulu 
walaupun selepas beberapa bulan berjaya jugak gambar ni ada kat dalam blog hihi 

Singgah kat Callie's Castle kejap 
orang jauh kita bawa la jalan-jalan 
Bob ngan Aishah ni dari senawang lpas ni tak tau bila lagi diorang nak masuk perak 
jadi dah alang-alang lalu kita singgah la kejap 
kalau orang tanya pernah pergi Callie's Castle 
boleh la jawab dengan keyakinan  'DAH' hahahha 

 naik melalui jalan Simpang Pulai 
masa ni teringat kuda Hitam 
destinasi terakhir dia kami bawa naik Cameron lah 
sebelum berkorban untuk si Belalang Hijau 
banyak jasa dia tapi apa kan daya 



 singgah kejap kat sini 
sejuk dah mula terasa 
tapi xde lah sejuk sangat pun ..sejuk-sejuk manja je 




singgah sini pulak 
biasanya kalau perjalanan atau sesuatu yang kita rasakan berharga 
bernilai dan menyeronokkan pasti kita simpan buat kenangan 
macam saya kalau saya tak post kat Instagram saya akan letak kat sini
bila dah lama-lama nak tengok boleh buka semula selagi ada blogspot la ...
tapi tu la kan ..kalau orang tu tak pernah simpan gambar kita sama-sama
walaupun dah banyak kali keluar sama-sama maksudnya mungkin dia tak rasa tu sebagai satu kenangan
malah gambar dengan orang lain...kawan-kawan lain ade je kan .... hahah
ko nampak tak kakak navigator ni Emo bukan-bukan
faktor usia mungkin ...hahah maaflah kalau salah interpretation kakak awak ni
o.k dah tak mau melalut


Destinasi kami seterusnya ke tapak pasar 
jalan-jalan tengok macam-macam ada 
cuma space je yang kurang jadi x payah la shopping 
cuci mata sudah nak shopping naik keta ye ...haha 






pastu singgah makan kat ladang strawberry kat Kampung Taman sedia 
lepak minum apa yang patut 




pastu paksa eh tak paksa...tapi ajak jugak la ..hahha 
ajak diorang pergi 
Taman Agroteknologi Mardi Cameron
teringin nak masuk dalam sebab banyak bunga 
lanskap pun cantik 
bayaran masuk RM5 je so o.k la lepak-lepak snap gambar 




dalam 30 minit jenjalan kami pun keluar 
Tn.John ngan Bob lepakkat luar je 
diorang tak Mat Bunga xde Taman dalam hati ...hahha 
sebenarnya penat pun ye tu 
kuasa la layan bini kan ...hahah nasib ada aishah teman kan boleh la ambik2 gambar 

Sebelum bertolak balik singgah juga kat ladang Teh ni 
tapi x masuk ke dalam leceh la ramai orang 
jadi ambik la gambar kat tebing pun jadiklahhhhhhh 

ajak Tn.John repeat Cameron lagi 
kenmain liat ...nanti lah ...malas lah ...jem lahhh ...hahha 
halasan je kau banggg 

x mengaperrr lahhh ...sekian 

No comments:

Post a Comment