Bismillah...
nak marathon update cerita ride sementara ada masa
dan paling penting ada mood
so tiap minggu kot kitorang pergi jenjalan
keluar awal pagi tapi balik bermalam kat rumah tak de duduk hotel ke apa
bajet kena jaga gak asyik nak berhotel je burst nanti
hahaha
MUAR , Johor
lokasi yang kami nak tuju Air Terjun Sagil, Ledang
tapi sekali salah masuk daaa..hihihi
kami ke Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang
kat sini orang tracking
panjat gunung
jadi air terjun 5KM ke depan ye
nak masuk kena bayaran tak ingat berapa
kalau tak silap RM1.00 per head ?
parking kereta memang luas
cuma parking motosikal mcm x diselenggara sgt berair
lepas parking kena jalan kaki dalam 1.5Km kot
baru jumpa kawasan air terjun
kami datang xde nak mandi manda just nak release stress aje
penat keje, penat layan jem KL hari-hari
dapat dengar air dengar burung ..best
tengah cari port lepak yang sesuai
air pun sejuk dan jernih aje
haaaaa....nampak tak ada ikan tu ?
ikan tu jinak berenang-renang kat tepi kaki je
geram nengok nya
Kemudian kami cari Mee Bandung Muar
hari tu lalu ada nampak tapi tak singgah
so hari tu memang tuju ke situ
lokasi nya bertentang dengan crown tu
ada food court
Mee Bandung Hjh Milah(Kembar Maju Niaga)
PLO 26, Tanjung Agas Industrial Estate, 84000, Muar, Johor, Jalan Kesang, Kampung Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor, Malaysia
Medan Selera Tanjung Agas gerai no8
memang puas hati Mee Bandung tu sedap weiiii
serius memang kaw tak tipu
licin kuah pun sedap
try jugak rojak petis
perghhh terangkat wei
pedas, manis, masin semua seimbang
walaupun sy tak suke timun tapi makan ngan kuah rojak tu no hal
memang sedap !
sanp sekali je gambar senget pun senget la bang
hahaha
janji ado
BUKIT TINGGI, PAHANG
Lokasi kedua ialah Bukit Tinggi
pun tak de plan nak datang.... terjah aje
pagi tu Tn.John bawa pergi makan kat Lemang Tok ki
masa balik tengok dia belok ke Bukit Tinggi ni
tak naik sampai ke Colmar Tropical
kami sampai kat animal farm ni je
next time kot nak naik sampai Colmar Tropical
hujan jadi kami nak cepat balik
cuba teka haiwan ape tu ?
Donkey kan ? haha ke saya salah ?
Binatang tu berkeliaran je kat kasawan padang Golf tu
terpaksa under construction sebab tak sanggup tengok kue lapis wakakakka
damnnn
Destinasi seterusnya
CAMERON HIGHLAND
ni yang paling terbaru ...hihi last week
kami gerak dari KL pagi dalam 7.00 a.m
lepas singgah makan kat KKB terus sampai Tapah
sampai kat Tapah jalan dah mula jem...ingatkan knape
rupanya ada lori buah terbalik melintang jalan
Jem 8 Jam tu...nasib sgt naik kuda hitam ...haha
kami boleh lalu best giler jalan kosong wei
nak baring kat highway pun boleh ekekkee...
tapi masih bahaya sebab Super-bike bnyk diorng pun dibenarkan lalu
lepas makan kat Restoran Adily, Gopeng
kami naik ke atas ikut Simpang Pulai
Restoran Adily
Lorong Industri 1/2, Gopeng Light Industrial Park,
Kampung Kepayang, Perak, Malaysia
makan kat sini highly recommended sebab sedap
rasa original kampung ....selalu kot singgah makan sini kalau ke Perak
rugi rasa kalau tak singgah ...wakakaka
Perjalanan ke Cameron Highland biasa la berliku-liku
naik 11.30 a.m sampai atas 2.00 p.m
Ayah Tn.John dan adik dia dah ada kat atas
diorang pergi naik bas
bermalam kat sana
singgah kat pasar ni kejap
tapi tak de apa pun nak beli space limited nak shopping
plus memang x plan nak beli pape
just nak jalan-jalan
itu saya ....kalau tak de plan nak beli pape saya memang tak beli
lepak kat sini kjap makan ubi rebus
cuaca memang sejuk !!
sape cakap Camern dah tak sejuk? hahaha masa kami pergi minggu lepas sejuk o.k
gigil mokcik sbb x pakai baju tebal pun
b4 this pergi sana tak sejuk
Port lepak tiap kali pergi sana
YZ Agro Farm
Cameron Highlands No.22, Kampung Taman Sedia,
Tanah Rata, Malaysia
cuaca sejuk harus order air panas
so saya minum Tea strawberry je....wangi
best lepak sini
tapi strawberry yg ada ni tak boleh petik
tengok je tau ..
Eken H8R
setakat ni kualiti gambar memuaskan hati dari SJ cam
habis minum kami gerak ke Pasar malam nak jumpa ayah mertua
lepak kejap dalam pukul 6.00 p.m kami turun
saya berkeras tak nak balik nak bermalam sebab petang kat Cameron kabusnya dahsyat
ladang tea tu pun tak nampak
kabus tebal dan sejuk
tapi Tn.John nak juga balik KL
kami balik ikut Tapah kot
kenderaan memang tak banyak
tapi jalan licin, berkabus sejuk
buntang mata tengok jalan
dah la jalan teruk bertampal-tampal kesan lubang
hurm....bertabah je dalam hati
mata sampai kering masuk angin merah!
haaaaa memang tak la buat lagi macam ni
takut pun ada fikir binatang liar pun ye dalam hutan atas bukit tu sape tau kan ?
ada mapinguari ke? Muahaha
pengaruh discovery channel sgt
hahaha pandang kiri kanan putih je tak nampak apa
ko hagak ? tak seremm ke
alhamdulillah gerak pukul 6.00 p.m sampai bawah pukul 7.10 p.m
maghrib singgah tapah kjap
dan terus balik ke KL
kerja paling gila
adoiii penat tau tak ...hahaha
singgah makan kat RnR Hulu Bernam
makan mee kari
selamat sampai kat rumah pukul 10.30 malam
syukur Alhamdulillah
Sekian
semua entry ride dah up ...
tak de hutang dah ..hihi
No comments:
Post a Comment